Saturday, August 18, 2012

Allah selamatkan Nur Ilmi Amalia...



Assalamualaikum and hello peeps... Hampir tiga minggu aku tak publish apa2 dalam blog aku ni dek kerana kesibukan aku yang teramatlah sangat sampai semalam aku hampir collapse, huhu... Sepatutnya kelmarin aku publish post ni tapi kelmarin jugaklah merupakan hari kesibukan aku yang paling tahap dewa, been juggling here and there sampai cam dah tak bertenaga rasanya plus mengantuk tahap gila gaban kerana tak cukup tido. But end of my story, the purpose of this post is to wish Happy Belated Birthday to my adorable princess, Nur Ilmi Amalia who was turning to 2 years old two days ago. Kalau sesiapa yang tau tarikh lahir Ilmi mesti rasa pelik dengan wish aku coz birthday Ilmi is on 6th September. So kenapa aku wish birthday Ilmi bulan Ogos ni pulak??? Hahaa!!! Jangan rasa pelik bin ajaib or rasa aku tipu korang. Sebenarnya kelmarin adalah birthday Ilmi dalam bulan Islam Tahun Hijrah... Ilmi lahir pada 6 September 2010 pukul 2.34 p.m, bersamaan 27 Ramadhan 1431H. Kelmarin 27 Ramadhan kan... So mengikut Tahun Hijrah, Ilmi sebenarnya dah pun masuk umur 2 tahun... Alhamdulillah... Aku berdoa semoga Ilmi dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik, jadi anak yang solehah dan sentiasa dilindungi Allah hendaknya... Amin...

Ramadhan kali ini kesabaran aku diuji oleh Allah SWT dengan kesihatan Ilmi yang asyik terganggu. Pada minggu ke-2 Ramadhan, Ilmi telah diserang sakit Krup (Croup) iaitu jangkitan pada saluran pernafasannya yang menyebabkan berlaku pembengkakkan saluran di kawasan antara peti suara (vocal cord) hingga ke trakea. Walaupun dah agak terlambat mengesannya, mujur aku terus pergi ke hospital pakar untuk Ilmi dirawat oleh Pakar Kanak2. Thanks to Dr. Christine Tham @ KPJ Puteri Specialist who was treating Ilmi very well. I totally admit her expertise, in just short moment she can detect sakit Ilmi. Sedih melihat keadaan Ilmi ketika itu. Demam hingga cecah suhu 39.8. Langsung tak nak makan dan minum, even air suam atau susu sekalipun. Asyik menangis, dan bunyi pernafasannya sangat kuat (macam bunyi orang mendengus) sehingga dia tak dapat tidur. Sepanjang malam banyak kali dia terjaga dari tidur. Dan setiap kali dia terjaga, dia akan terbatuk2 then menangis kesakitan. Melihat keadaannya kadang2 aku pun turut mengalirkan air mata even sepatutnya dalam keadaan Ilmi sakit aku harus jadi seorang yang kuat. Tapi hati ibu manalah yang tak luluh dan sedih melihat anak yang sakit camtu. Dahlah nama penyakit dia pun 1st time aku dengar...huhu

Keadaan Ilmi semasa sakit Krup

Lepas Ilmi dah sembuh dari sakit Krup tu, selang sehari tiba2 dia jadi pendiam sangat. Tak nak main, asyik terbaring je, makan pun sikit dan asyik merengek. Bila tidur petang dia tidur lama sangat pernah sampai cecah 4jam, dan bila aku kejut dia menangis seolah2 tak cukup tidur padahal dia dah tidur lama. Ilmi tiba2 jadi seorang anak yang pasif. Langsung tak dengar suaranya, tak nak ketawa, bila aku buat muka “goofy” dia cuma pandang aku dengan riak muka takde perasaan. Pada mulanya aku sangka mungkin kesan ubat sakit Krup yang dos agak tinggi menyebabkan dia seperti dalam berkhayal selalu. Tapi bila keadaan Ilmi pasif macam tu berlarutan selama 3 hari, aku dapat rasakan ada yang tak kena pada dia. Then, aku dan Hubby bawak Ilmi ke Klinik Abreza. After aku explain pada Doc dia kena sakit Krup but after sembuh dia jadi pasif macam tu, Doc cek satu badan Ilmi and bagitau perutnya yang problem. Doc said when Ilmi kene Krup aritu pernafasan dia jadi laju dan pendek, so perut dia dah terlebih masuk udara dan jadi kembung perut. Ditambah dengan Ilmi dah 2 hari tak berak lagilah teruk jadinya kembung perut tu. Then Doc straight away masukkan ubat peluru kat bontot Ilmi untuk dia segera berak. Sampai je kat rumah Ilmi pun berak and after that barulah slow2 dia aktif balik macam biasa. Aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kembalikan keletah Ilmi dah kembali sihat dan aktif seperti sedia kala. And thanks to Dr. Abreza coz dia sangat prihatin dengan condition Ilmi sampai dia pesan pada pekerja klinik dia untuk telefon aku tanya perkembangan Ilmi.

Kelmarin pulak betul2 pada 27 Ramadhan Ilmi genap 2 tahun ikut Tahun Hijrah, tiba2 dia muntah2. Aku rasa badan dia tak panas pun dan dia aktif macam biasa. Tapi ‘mother instinct’ aku kuat merasakan yang ada something wrong kat Ilmi, so sekali lagi aku ke Klinik Abreza. After Doc cek, she said that perut Ilmi buat hal lagi. This time kene virus infection, which is similar to rotavirus and Ilmi’s vomitting may continue for 72 hours. Sedihnya aku dengar, kesian anak aku. Tapi Alhamdulillah, semalam Ilmi dah tak muntah2 lagi dan dah kembali berselera untuk makan. Ubat yang klinik bagi masih aku teruskan bagi dia dan hari ni last dia makan ubat (to make sure keadaan dia ok dalam masa 72 jam ni).

“Patutlah Allah tinggikan darjat orang yang sabar kerana bukan senang untuk menjadi seorang yang betul2 sabar dan redha... Mungkin mudah untuk kita melafazkan sabar di mulut tapi untuk melaksanakannya dengan sempurna belum tentu kita betul2 mampu...” nilah yang aku post kat FB, nilah yang aku rasa sepanjang menjaga dan melayan kerenah Ilmi sakit sepanjang bulan Ramadhan ni. Semoga aku beroleh taufik dan hidayah dariNya untuk tergolong dalam orang yang sabar... Amin... Apa2 pun aku bersyukur Ilmi dah pun sihat. Dan semoga Allah sentiasa pelihara kesihatan Ilmi pada hari2 mendatang sepanjang hidupnya... Amin...

Ilmiku sayang,

Mungkin Mama bukanlah yang terbaik, tapi Mama sedaya upaya akan cuba jadi ibu yang terbaik untuk Ilmi... Mama sayang Ilmi sepenuh hati Mama... Selamat Hari Lahir teristimewa buat permata hatiku Nur Ilmi Amalia... Mama sentiasa doakan semoga Ilmi panjang umur, jadi anak yang solehah kebanggaan Mama dan Papa, murah rezeki, sentiasa sihat dan dilindungi Allah SWT hendaknya... Amin...



P/S: InsyaAllah esok kita akan menyambut 1 Syawal 1433H. Sedih rasanya Ramadhan akan pergi meninggalkan kita. Semoga kita dipanjangkan umur dan diberi kudrat dan kesihatan untuk bertemu Ramadhan pada tahun hadapan, InsyaAllah. Di kesempatan ini, aku sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat semua peeps sekelian. Sekiranya ada salah silap yang aku lakukan, aku menyusun sepuluh jari memohon maaf zahir dan batin. Semoga Aidilfitri kali ini kita sambut dengan bersederhana dan penuh kesyukuran kepada Allah atas kemenangan kita mengawal nafsu sepanjang berpuasa Ramadhan tahun ini. Alhamdulillah...