Wednesday, October 17, 2012

Akibat “Show-off” Terlebih


Assalamualaikum and hello peeps!!!! Dah lama sesangat aku tak post new entry kt personal blog aku nih dek kerana terlalu busy merangka laman blog dan Facebook business yang InsyaAllah akan launching tidak lama lg. Ni la susahnye orang cm aku nih, terlampau banyak sgt idea smpi nk create wall yg cantik pn makan masa berhari2 demi nk memastikan blog dan Facebook business tu nanti nampak presentable (OCD punye pasal la... huhu). Sampai tak sempat aku nak post “Good Luck” wish pada PMR candidates last week. Tau2 je exam tu has come to an end, menurut My Mom arini adalah last day PMR. Betul eh? Hahaa!!! Sungguh tak sensitip plak aku psl exam kali nih, maafla yerrrr akak banyak keje la adik2 sekelian... Even dh last day dan memang dh terlewat pn aku tetap nk wish “Good Luck” to all PMR candidates. Hari ni hari last korang berusaha menjawab paper terakhir, pasni banyak2la berdoa dan bile tiba hari amek result sok tawakkal jela ye dik! ;)



Bercakap pasal PMR dan amek result ni teringat la plak aku kt sebuah kisah benar yg berlaku sekitar tahun 90-an dulu. Cerita tentang PMR la, takkan psl exam KPLI kot, hahaa!!! Kisah ini diceritakan oleh seorang sahabat kepada aku. Kisah ini bukanla bertujuan untuk menyindir sesiapa, sekadar sebagai pengajaran dan teladan kite semua....

IZAH (bukan nama sebenar) merupakan seorang pelajar yang agak pintar. Berbekalkan keputusan UPSR yang cemerlang, dia telah diterima bersekolah di sebuah sekolah berasrama di Bandar X. Walaupun bukan sekolah berasrama penuh (SBP), tapi sekolah ini mempunyai reputasi dan kelasnya yang tersendiri. Awal2 bersekolah di situ, Izah seringkali mendapat result yang membanggakan setiap kali test dan exam. Tapi malangnya, semakin Izah meningkat remaja dan naik ke tingkatan yang seterusnya, pelajaran Izah semakin mundur dek kerana konflik dalaman diri yang berlaku padanya. Adatla jiwa bergolak seorang remaja yang mengalami hormone imbalance dan kadang2 depression tak tentu pasal. Huhu.

Akhirnya naiklah Izah ke Tingkatan 3 yang mana dia akan menghadqapi PMR pada tahun itu. Izah sering buat perangai di sekolah (owez being a rebellious) dan menjadi salah seorang pelajar yang tidak disukai oleh kebanyakkan guru2nya (black sheep student la kirenye). Nama Izah sering meniti di bibir guru2nya, bukan disebabkan kecemerlangannya, tapi disebabkan masalah yang sering dicetuskan oleh Izah. Namun begitu, takde seorang pun di kalangan guru2 tersebut yang mengambil inisiatif mendekati Izah talk heart-to-heart bertanyakan kenapa dia begitu bermasalah di sekolah (nmpk sgt cikgu2nye tak prihatin lgsg!). Yang mereka tahu ialah menghentam, menganjing dan mengkondem Izah sahaja. Kesian kat si Izah ni...

Menjelang trial exam PMR, berbekalkan knowledge yang ZERO (sebab Izah memang tak fokus langsung pada studynya), Izah pun mengambil exam tersebut. Hasilnya Izah cuma mendapat 2A sahaja. Memang dia kene marah kaw2 kat rumah pastu. Di sekolah lain pulak halnya. Tiba2 ada pengumuman semua pelajar Tingkatan 3 perlu berkumpul di dewan sekolah. Ingatkan ada apala. Rupa2nye sesi guru2 memberi borang kemasukan ke sekolah berasrama penuh (SBP) kepada pelajar2 yang dijangka dapat keputusan cemerlang pada exam PMR yang sebenar. Apa lagi kembang semangkuklah hidung mereka2 yang dapat borang tu. SHOW OFF!!! Izah dan student2 yang tak layak terasa sangatlah terhina kerana guru2 yang berucap tu seperti menganjing black sheep student seperti Izah dan yang lain2. “Tu je tujuan cikgu2 ni panggil ramai2 datang dewan ni!?! Ceh!” Izah berkata2 dalam hati. Sikit pn tak terkesan di hati Izah kerana hatinya dah kental menerima kata2 hentaman sebegitu.


Balik ke kelas lain pulak halnya. Kebetulan di dalam kumpulan meja seramai 6 orang yang diduduki Izah, hanya dua orang yang tidak dapat borang tersebut iaitu Izah dan Liza. Yang lagi 4 orang tu tak habis2 asyik bercakap pasal sekolah berasrama penuh tersebut. Semalam cakap, hari ni cakap, esoknya cakap, lusa cakap, tulat pn cakap lagi! MEMANG SHOW OFF TERLEBIH NIH!!!


Bayangkan apa perasaan Izah dan Liza di kala itu. Mereka berdua hanya saling berpandangan dan menggelengkan kepala. Dan pernah sekali salah seorang dari mereka berempat tersalah cakap kepada Izah tentang hal SBP tu, bila dia tersedar yang Izah bukanlah calon yang mendapat borang, dia berkata “Eh, kau dapat 2 A je ek, lupa yang kau tak dapat borang SBP tu...” Dalam hati Izah bergelodak rasa bengang. “THAT’S IT! Kau ingat kau sorang je yang pandai!?! Tiba2 timbul rasa REVENGE di dalam hati Izah.

Hanya berbekalkan 2 minggu menjelang exam PMR sebenar, Izah menelaah pelajarannya dengan penuh fokus and smart ways. Tatkala rakan2nya enak tidur di malam hari, Izah bangun menunaikan Solat Tahajjud dan Solat Hajat memohon kepada Allah SWT agar diberikan ketenangan dan keberkatan untuk menghadapi exam PMR tidak lama lagi. Izah pun menghadapi examnya. Habis PMR, Izah tidak lupa berdoa setiap kali dalam solatnya agar dia diberikan result yang baik dan diberkati Allah.

Hari untuk mengambil result PMR pun tiba. Izah bertawakkal kepada Allah SWT. Apa sahaja keputusannya dia bersedia dan redha menerimanya. Ibubapa Izah menghantar dan menemani Izah ke sekolah. Sampai di sana, Izah lihat rakan semeja dengannya, Ani, sedang menangis teresak2. Izah tertanya2 di dalam hati “Teruk sangat ke result dia?” Izah berasa cuak la plak, kalau Ani yang terrer dan dapat borang SBP tu dapat result teruk, apatah lagi dirinya. “Takpe, redha jela apa yang dapat...” Izah mententeramkan hatinya. Sampai di ofis sekolah, ibubapa Izah tunggu di luar, hanya Izah sahaja yang masuk. Dia ke kaunter kerani dan memberitahu nama dan angka gilirannya. Lama lah pulak kerani tu mencari. Izah terasa cuak balik “Takkan result aku takde kot? Teruk sangat kot sampai result kene tahan... huhu”. Kerani tu menyebut balik namanya, Izah cuba mengintai di celah2 slip yang sangat banyak tu. “Aik, apsal cam pelik result aku ni? Sekata je hurufnya” Kerani tu tersenyum dan menghulurkan slip result kepada Izah, “Tahniah ye...” katanya. Izah bertambah heran. Sebaik sahaja slip bertukar tangan, mata Izah bulat terbeliak melihatnya. “7A!?! Biar betul???” Rasa nak jatuh terjelepok ke lantai plak. Sungguh Izah tak percaya dia mampu memperoleh result secemerlang itu. Walaupun tidak mendapat straight A’s tapi result sebegitu sudah cukup bermakna bagi sorang yang sering menjadi black sheep student dan sering dipandang rendah oleh guru2nya. Dalam hati dan di mulut Izah tak henti2 mengucapkan Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas rezeki yang diberikan oleh-Nya. Ibubapa Izah gembira bukan kepalang dan turut mengucapkan syukur kepada Allah SWT.



Apabila hendak pulang, Izah lalu berhampiran Ani yang masih menangis dan sedang dipujuk oleh ibunya. Ibu Izah menegur ibu Ani bertanyakan kenapa Ani menangis (ibu Izah dan ibu Ani boleh la dikatakan saling mengenali). Ibu Ani menjawab “Ani nangis sebab dia Cuma dapat 7A je, dia target dapat straight A’s...” (kes over-confident target terlebih la ni). Mendengarkan hal itu Izah terasa seperti mau membuat muka kambing, tebal rasa bengang di hatinya. “Bersyukurlah kau dapat 7A, menangis tahap meraung macam failed je! BERSYUKURLA SIKIT OI!!! Izah berkata2 dalam hati. Sebulan kemudian Izah merupakan salah seorang yang naik ke pentas sebagai salah seorang penerima Anugerah Pelajar Cemerlang PMR. Ramai guru2 tak menyangka Izah mampu mendapat result secemerlang itu (haa, tulah kondem lagi budak tu...). Ada juga yang berbulu melihat kejayaan Izah, terutama calon2 yang dijangka dapat result cemerlang dan diberi borang SBP, bile result PMR keluar cuma dapat 4A, 5A je... TULAH, SHOW OFF LAGI!!! Tu pun bersyukurlah kau dapat jugak A, DARIPADA FAILED... Betul tak????

P/S: So peeps sekelian, harap korang dapat amek iktibar atas kisah yang aku cerita di atas. Takde gunanya SHOW OFF ni, kelak ianya makan diri kite sendiri. Korang sendiri pun tau berdosa kalau kita RIAK, TAKBUR, BERMEGAH2 (dan yang sewaktu dengannya) dengan apa yang kita ada atau dapat. Kene ingat, semua tu sementara dan dipinjamkan je oleh Allah kepada kite. Bila2 masa je Allah boleh tarik nikmat tu daripada kite. Dan kepada GOLONGAN GURU2 @ WARGA PENDIDIK, janganlah underestimate golongan black sheep student macam Izah. Sungguh pun maybe mereka pelajar bermasalah atau nakal, belum tentu mereka tak pandai. Kalau ye pun mereka tak pandai belum tentu lagi mereka adalah orang yang tak berguna. DIDIKLAH MEREKA DENGAN SEBAIK MUNGKIN DAN PENUH KASIH SAYANG. Renung2kan dan selamat beramal... (pinjam tagline jap yer Prof Izzi Hj Ali, hehehehe).