Saturday, November 24, 2012

Marilah Sama-sama Berjihad untuk Palestin

Assalamualaikum and hello peeps!!! Dah 11 hari kita berada dalam tahun baru Islam 1434H, harap belum terlambat untuk aku ucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU ISLAM 1434H. Semoga tahun baru Islam kali ini membawa pengertian yang lebih bermakna untuk kita supaya berusaha menjadi hamba-Nya yang lebih soleh dan mukmin serta muslim yang lebih baik. Apa azam korang untuk tahun ni??? Aku harap korang berazam segala yang baik untuk tahun baru Islam ni dan semoga korang berjaya mencapai azam2 tersebut. InsyaAllah, aminnnn... Jangan korang beriya2 berazam setiap kali masuk tahun baru masihi je. Sepatutnya sebagai muslim, azam baru dan anjakan paradigma yang ingin dilakukan patut bermula pada tahun baru Islam, tu baru betul! (sekadar mengingatkan ye, hehe).





Pada awal tahun baru kali ni kita telah dikejutkan dengan serangan tentera israel terhadap saudara2 kita di Palestin, terutama di Gaza. Banyak nyawa yang telah terkorban, terutama golongan wanita dan kanak2. Ramai juga para pemuda yang telah gugur syahid di sana. Sesungguhnya syurgalah tempat yang telah dijanjikan Allah untuk mereka, InsyaAllah, aminnnn...








Kita di sini sama2lah berdoa untuk keselamatan, kesejahteraan dan keamanan saudara2 kita di sana. Semoga gencatan senjata yang dijalankan baru2 ini tidak dicabuli oleh tentera israel Laknatullah kerana ianya dapat memberi peluang kepada penduduk Gaza untuk meredakan kesakitan dan kesengsaraan yang mereka alami, memperbaiki kerosakan tempat tinggal mereka serta hidup dengan tenang.