Sunday, January 27, 2013

HOUSEWIFE'S KITCHEN



Do you want to taste the yummiest Housewife's Kitchen homemade bakery??? Now you can just order and purchase our products via ONLINE! And we will deliver it straightly to you. Feel free to visit our blog and Facebook. Don't forget to "LIKE"!!!!!


Adakah anda ingin merasai keenakan "homemade" bakeri Housewife's Kitchen??? Kini anda boleh menempah dan membeli produk kami SECARA ONLINE! Dan kami akan menghantarnya terus kepada anda. Sila layari laman blog dan Facebook kami. Jangan lupa "LIKE"!!!!!







http://housewifeskitchen.blogspot.com/














http://www.facebook.com/pages/Housewifes-Kitchen/







   @HousewifesKitch




HOUSEWIFE'S KITCHEN --> The Homemade Bakery that You Love!


 

Saturday, January 12, 2013

Isu Penggunaan Kalimah ALLAH dalam bible


Assalamualaikum and hello peeps! Seperti yang anda semua sedia maklum (atau tak) kat negara kita sekarang ni tengah kecoh pasal isu yang aku nyatakan di atas. Sebelum aku tulis dengan lebih lanjut lagi, ingin aku nyatakan di sini bahawa tulisan aku ni TAKDE KENA MENGENA DENGAN ISU POLITIK, TAPI LEBIH KEPADA ISU KEAGAMAAN. Aku bukan orang kerajaan, pro pembangkang pun jauh sekali. Aku lebih kepada di tengah2. Mungkin ada orang yang kata aku ni takde pendirian, eh biarlah! Ni hak aku! Kenapa aku di tengah2??? Sebab apa yang aku nampak setakat ni dua2 pun bermasalah (aku bercakap dari segi agama ye). Yang pembangkang, sudah terang lagi bersuluh. Sedangkan pambangkang belum memerintah pun dah kelaur isu nak gunakan kalimah Allah dalam bible berbahasa melayu, cuba bayangkan apa jadi kalau betullah pembangkang naik? Memanglah sekarang diorang kata konon2 nak "Yang Melayu" jadi PM bila diorang dapat masuk Putrajaya. Tapi pikir logikla, korang ingat "Yang Cha Ya Nun Alip" tu nak ke dok bawah pemerintahan "Yang Melayu"? Tengok dari sektor pekerjaan sekarang je pun dah boleh tau "Yang Cha Ya Nun Alip" ni gila kuasa.

Berbalik pada isu agama, Hubby aku kata kalau pembangkang naik dengar ura2 diorang nak ubah perlembagaan yang mana anak2 yang lahir tak boleh ditentukan agamanya mengikut agama ibu bapa, nanti bila dah umur 18 tahun biar anak2 tu sendiri yang tentukan agama mereka. Korang nak jadi camtu? Yang kerajaan pulak apa yang nampak tak sepatutnya berlaku berkaitan isu ni ialah mempolitikkan agama (kalau nak diikutkan sama je dua2 pihak ni). Kenapa aku kata kerajaan mempolitikkan agama? 1st, bila keluar isu ni media2 yang pro kerajaan asik citer pasal benda ni je, dah macam takde berita lain dah nak disampaikan (dulu pernah kecoh isu ni, pastu senyap dah, ni kecoh balik, hadoihhhhh! apa nak jadi???). 2nd, bila berlaku isu camni agak2 siapa yang patut diminta pemdapat dan pandangan? MUFTI DAN ALIM ULAMA' PEMIKIR ISLAM betul tak? Yang diorang pegi mintak pandangan ahli2 politik yang agamanya pun agak corrupt tu ape ke hei? See? Korang nampak tak point yang mana aku katakan dua2 pihak tak betul yang menyebabkan aku lebih rela duduk di tengah2 menjadi pemerhati berbanding memilih mana2 pemimpin yang ntah apa2. Weh, salah pilih korang ingat tak dosa ke??? Tepuk dada tanya iman...

Bercakap tentang isu penggunaan kalimah Allah dalam bible ni aku teringat satu artikel yang aku pernah terbaca dalam Harian Metro Online. Terus terang aku katakan yang aku tak suka Harian Metro sebenarnya sebab selalu gembar gemburkan isu konon2 panas tapi ntah apa2 (adatler akhbar tabloid). Tapi apa yang membuatkan aku percaya dengan artikel bertajuk "Agenda Kristian Untuk Malaysia Terbongkar Di Jerusalem" ini ianya kisah benar yang diceritakan oleh Ustaz Muhamad bin Abdullah, salah seorang pendakwah yang sering keluar dalam rancangan Al-Kuliyyah, Halaqah, Tanyalah Ustaz di tv dan juga radio.

Inilah dia Ustaz Muhamad Abdullah. Korang kenal tak?

So aku percayalah akan kebenaran ceritanya. So di sini aku nak sama2 berkongsi dengan peeps semua cerita di dalam artikel tersebut...

Agenda Kristian Untuk Malaysia Terbongkar Di Jerusalem



Kembara Universiti Kehidupan Ke 10 ke al-Aqsa bermula dari 26 November hingga 3 Disember 2012.

Seperti biasa, hari pertama kami sampai ke Jerusalem, kami akan masuk ke dalam hotel, berehat sebentar dan kami akan terus ke masjid al-Aqsa untuk mendirikan solat Maghrib dan Isyak di al-Aqsa. Pulang waktu Isyak, kami akan makan malam di kafe hotel.

Mahmood, pemandu pelancong yang biasa dengan saya mencuit bahu saya dan mengajak saya ke satu sudut.

“Muhammad, mari sini” katanya.

“Kenapa?” tanya saya agak kehairanan kenana wajahnya agak serius, nada suaranya, agak perlahan seolah-olah ada rahsia yang ingin dibisikan pada saya.

“Tinggal bersama kamu di hotel ini satu rombongan dari Malaysia” terang Mahmood.

“Oh ye ke!” saya agak gembira mendengar berita itu.

“Tapi mereka rombongan Kristian” kata Mahmood lagi.

“Ye ke, ah, di sinikan banyak tempat penting buat Kristian, tentu mereka nak ziarah” kata saya.

“Sepanjang perjalanan dari border Jordan-Israel, mereka memang mengutuk Islam dan sangat tidak puas hati dengan orang Islam di Malaysia, mereka memang anti Islam” Mahmood Menambah.

“Mereka tak tahu aku Islam, mereka ingat aku Kristian” Mahmood semakin rancak berbual dengan saya di satu sudut di bahagian tangga.

“Memang bukan Islam di mana-mana pun tak suka Islam” kata saya tenang.

“Tak, mereka ini lain, mereka memang anti Islam di Malaysia” terang Mahmood bersungguh-sungguh.

Perbualan malam pertama itu habis dengan rasa tidak puas hati Mahmood terhadap rombongan Kristian dari Malaysia ini. Selama berhari-hari kami di hotel yang sama, berselisih di dewan makan, memang rombongan ini tidak menegur kami sedangkan mereka dari Malaysia, duduk di Malaysia. Tidak ada sepatah pun bahasa Melayu yang keluar dari mulut mereka sedangkan kami saling mengetahui, sama-sama dari Malaysia. Ada juga kami ingin menegur siapa, tetapi tidak di jawab atau jawapan yang sangat dingin.

Saya tidak tahu, apakah tujuan mereka datang, sama ada untuk lawatan atau ada apa-apa persidangan Kristian yang mereka hadiri. Saya tidak mengambil perhatian apa yang berlaku walaupun pada tiap-tiap malam, Mahmood akan menceritakan pada saya mengenai ketidak puasan hati mereka pada Islam di Malaysia. Mahmood memarahi saya…

“Apa dah jadi pada kamu orang Islam di Malaysia hingga hilang sensitviti dalam mempertahankan hak kamu?”

Apa yang mampu saya jawab hanyalah…

“berpecah, dan ramai yang berpecah…”

Jawapan yang sangat tidak bersemangat dan seolah-oleh maksudnya, “apa nak jadi, jadilah…”

Ya, kurang rasa sensitiviti….

Allah ingin menunjukkan pada saya sesuatu terhadap jawapan di atas……

1 Disember 2012 jam 8.30 pagi, hari terakhir kami di Palestin…

Biasanya hari terakhir saya akan membawa jemaah semua ke Mount Of Olive (Jabal Zaitun), Pemandangan al-Aqsa dari atas bukit ini terlalu cantik terutama pada waktu pagi, ketika memancarnya cahaya matahari dari arah timur, ia menyerlahkan lagi warna emas Dome Of Rock. Bas yang kami naiki pada pagi ini adalah bas yang dinaiki oleh rombongan Kristian dari Malaysia sehari sebelumnya. Seorang jemaah menghampiri saya dengan membawa beberapa helaian kertas yang terdapat di dalam bas ini. Saya menatap kertas yang diberikan pada saya. Mata saya tertumpu pada tulisannya dan ia menjadikan jantung saya berdegup kencang, mungkin seperti degupan jantung Mahmood sejak seminggu lalu.

Tulisan itu berbunyi..

Decree For Malaysia

“We decree and declare that Malaysia will be a “Rainbow Nation” in sending missonaries to bring the gospel to the surrounding nations as well as be the gateway to open its doors to outside missionaries to preach the gospel here..”

Ini agenda Kristian di Malaysia, inilah yang cuba Mahmood ceritakan pada saya sejak semingga lalu.

Ketika di Malaysia, saya selalu mendengar tentang agenda pendakyah Kristian, dan setiap kali berita itu keluar saya cuba untuk tidak mempercayainya kerana masih bersangka baik pada mereka. Lebih-lebih lagi, ada sahaja golongan ahli politik yang memberikan komen popular yang menafikan fakta ini. Kalau ada orang yang cuba bawa fakta ini, orang itu akan dicap sebagai penipu dan pembohong. Hal ini menjadikan ramai orang Islam kita merasa berada di zon selesa kerana mempercayai ahli politik yang punyai kepentingan. Bagi pendakyah pula, mereka memang berada di zon paling bagus kerana usaha dan perancangan mereka di nafikan sendiri oleh orang Islam. Mereka boleh buat apa sahaja kerana orang Islam sangat tidak sensitif, malahan ada yang membela perbuatan mereka.

Ada beberapa perkara yang saya ingin tekankan:-
  1. Bagi pendakyah Kristian, jangan pandang rendah kemampuan pendakwah Islam yang tidak berkepentingan di Malaysia. Kami para pendakwah dan orang-orang yang ikhlas akan tetap mempertahankan kedaulatan Islam di Malaysia sama ada menang atau kami mati di dalam usaha ini.
  2. Malaysia bukan milik orang politik yang ada kepentingan yang menyokong tindakan kamu kerana harapkan sokongan, Malaysia di dokong oleh ramai pejuang agama Islam, bangsa muslim dan tanah air umat Islam. Kalau orang politik sibuk dengan perpecahan mereka, maka perjuangan itu tetap dibahu oleh umat Islam dari bidang lain.
  3. Bagi umat Islam di Malaysia, ini bukan gimik popular, saya bukan ahli politik yang inginkan popular, Biarkan ahli politik bergaduh sesama mereka, yang boleh kita damaikan, kita damaikan atau sedarkan dengan apa cara sekalipun. Perpecahan ini satu yang sangat merugikan. Orang Kristian berbincang hingga ke luar negara merancang untuk mengkristiankan Malaysia, kita hanya menafikan dan hilang sensitiviti.
  4. Bagi sahabat-sahabat dari Jabatan Agama Islam, anjurkanlah banyak program-program untuk menjaga dan mengawal umat Islam di Malaysia, bahagian zakat jangan berbangga dengan jumlah kutipan, tetapi usahakan untuk kepentingan umat Islam melalui lapan asnaf seperti yang disebut dalam al-Quran.
  5. Bagi semua penguatkuasa agama. Jangan percaya dengan zon selesa yang dibisikkan dan penafian yang dicanangkan oleh orang berkepentingan. Jalankan pemantauan dan penguatkuasaan menurut enakmen yang telah diputuskan.
  6. Bagi orang kaya, tolong infak harta untuk menganjurkan program-program keagamaan, semoga Allah sentiasa bersama anda sekelian.
  7. Bagi sekelian yang membaca, kita umat Islam terlau beriya-iya ingin menjaga hati orang bukan Islam, adakah orang bukan Islam menghormati dan menjaga sensitiviti kita? Jalankanlah tugasan masing-masing di dalam ruang lingkup kemampuan anda semua, semoga Allah membantu usaha kita.
Semoga pendedahan ini memberi inspirasi pada saya untuk terus membahu Islam, yang ingin bersama mari, yang mahu mencebek dan tidak percaya silakan, yang mahu berfikir, renungkan dan yang mahu mendokan, doakan semua umat Islam di Malaysia agar terpelihara dari agenda global orang kafir.

“Universiti Kehidupan Pengajian Sepanjang Hayat”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

6 Disember 2012 jam 1.15 pagi

Patah sayap bertongkat paruh, Imemperjuangkan dan mempertahakan Islam akan tetap menjadi keutamaan di dalam hidupku, biar berputih tulang, jangan berputih mata…

Al-Fatihah untuk seluruh pejuang Islam terdahulu, tuan-tuan guru kita terdahulu dah pahlawan Islam Nusantara yang telah mendahului kita di dalam tugasan mereka. Hari ini tugasan itu diwariskan pada kita, semoga kita dapat menyambungnya, amin…

Ustaz Amin


P/S: Especially to my Muslim peeps, mari kita sama2 menjaga kesucian agama Islam di Malaysia. Jangan kita hanya menjungkit bahu dan menunding jari ke arah orang lain. Setiap umat Islam itu bertanggungjawab atas aqidah setiap saudaranya. Walaupun kita mati kubur lain2, tapi kene ingat kita tetap akan ditanya apakah yang telah kita lakukan untuk mempertahankan agama kita. Biar usaha kita kecil dan mungkin tidak membuahkan hasil yang besar, tapi sekurang2nya kita sudah melakukan sesuatu. Jangan terlampau leka dihanyutkan dengan isu2 politik yang memecahbelahkan umat Islam. To all Muslim in Malaysia and around the world, remember UNITED WE STAND, DIVIDED WE FALL. Assalam....

Wednesday, January 9, 2013

I Hate Prawn!!!! Meeeeooowwww



Assalamualaikum and hello peeps! Agak2 korang boleh teka tak ape kes kucing dalam gambar kat atas ni? Aku pun tak sure la, hahaaa.... Aku amek gambar ni dari FB seseorang yang aku pun tak kenal. Cuma yang aku tau (base on description yang dia tulis kat gambar ni) kucing ni sangat benci dengan udang. Tak tau la ape tragedi yang penah jadik antara kucing ni dengan udang yang penting dia memang nyirap bile tuan dia makan udang and show-off udang tu kat dia. Hahahahaha! Lawak kan!?! Hangin btul nampak muke kucing ni. Tapi hangin2 pun still kucing ni nampak cute (especially with the outfit, hahaa!). Kalo betulla kucing ni benci gila babi dengan udang, agak2 apa reaction dia kalo dia dikurung dalam satu kotak yang penuh dengan udang. Dapat tak korang bayangkan???? Hahahahahaha ;p

Tuesday, January 8, 2013

Misteri Topeng Darth Vader





Assalamualaikum and hello peeps!!! Walaupun zaman cerita Star Wars sudah agak lama berlalu, tapi aku nak tanya kepada peeps semua “Adakah anda kenal siapa itu Darth Vader (gambar di atas)?” Kepada “kipas-susah-mati” Star Wars memang tipula kalau ngaku tak kenal dengan makhluk kat atas ni. Aku bukanla peminat Star Wars pun, tapi aku dah kenal dengan character Darth Vader ni sejak zaman agas2 lagi walaupun time tu aku tak pernah pun tengok citernye. PENGAKUAN BERANI MATI: AKU TAK SUKA DENGAN CITER STAR WARS COZ MEMENINGKAN KEPALA! Sebab citer dia kan jenis terbalik2 kong, yang recent sequel sebenarnya kisah dolu2, yang dolu2 punye sequel lak citer tentang recent timeline (hah, korang baca ayat aku pun pening kepala kan. Camtu la pening kepala aku terhadap citer nih!). Siap aku mempersoalkan kewajaran Hubby aku meng’dunlot’ full 6 episodes Star Wars yang aku rasa wat memenuhkan laptop dgn benda yang tak berpekdah je. Pada suatu hari... dengan tak sengajanya aku “terrrr....layannnn” la plak sequel2 Star Wars ni dek kerana dah takde citer len aku nak ngadap kat laptop Hubby aku (tetiba rasa boley tahan laa citer dia, hahaa!).

Wokeh, berbalik pada topik tentang Darth Vader. Watak ini sering digambarkan sebagai “the coolest villain of all time” kepada peminat citer Star Wars. Walaupun dia seorang villain a.k.a orang jahat dalam citer tu, tapi wataknya sangat disukai dan dikagumi ramai orang, salah satu sebab adalah kerana costume dan topengnya yang dikategorikan sebagai unik membuatkan kekejaman dia nampak ala2 macho + cool. And believe me, disebabkan fanatik terhadap ke”cool”an watak dan costumenya, maka ramai “kipas-susah-mati” yang jadi collector apa2 merchandise berkaitan dengan figura Darth Vader (eg: miniature, outfit, jam, etc).

Antara contoh merchandise yang selalu orang collect

Even aku yang “buta” Star Wars dulu2 pun suka guna wallpaper Darth Vader kat skrin handphone, siap bila aku guna option wallpaper tu automatik ringtone aku akan bertukar lagu ost Star Wars  “The Imperial March” (lagu tema appearance Darth Vader dalam citer tu). Bila orang call aku, handphone aku pun bunyik “tet tet tet tet tetteet tet tetteeeet...” (wah, siap wat sound effect lak, hahaa!) memang syok dengor! ;p

Sebenarnya kalau korang nak tau (atau tak nak tau, aku nak bagitau gak) ada rahsia dan misteri tersembunyi di sebalik penciptaan topeng si Darth Vader ni. Dan diharap after korang tau pasal benda ni, mana2 Muslim yang jadi collector merchandise Darth Vader, sila lah buang segala benda2 tersebut (esp yang ada bentuk topeng dia lah). Kenapa ek? Untuk pengetahuan peeps semua, rekabentuk topeng Darth Vader ni sama sebijik lagi sejibik dengan rekabentuk salah satu kepala monumen di bangunan sebuah gereja besar di Amerika Syarikat yang bernama Washington National Cathedral.


Kepala monumen tersebut terletak di kedudukan yang sangat tinggi pada menara gereja tersebut. Dan ianya tidak dapat dilihat dengan mata kasar, hanya dengan menggunakan teropong sahaja barulah dapat melihat kepala monumen itu dengan jelas. SOKLAN CEPUMAS AKU: 1st, Kenapa kepala monumen tu diletakkan pada kedudukan setinggi itu? 2nd, Adakah persamaan antara kepala monumen gereja tu dengan topeng watak Darth Vader adalah suatu kebetulan? Untuk penjelasan yang lebih terperinci, sila klik link kat bawah ni:


So peeps, macam aku cakap tadi, kepada Muslim yang collect merchandise berkaitan Darth Vader, sila lah buang barang2 tersebut. 

Yang ni boleh kot kalo nak simpan sebab muka coklat M&Ms bukan muka Darth Vader
 
Ya, aku tau korang sayang collection korang tu, tapi mane lagi korang sayang; benda2 alah tu yang boleh mensyirikkan korang dan mengheret korang ke neraka atau aqidah keimanan korang kepada Allah SWT? Kalau korang pilih option kedua, Alhamdulillah dan sila lah buang barang2 tersebut. Tapi kalau korang pilih option pertama, Astaghfirullahal’azim... baik korang mengucap 2 kalimah Syahadah balik. Aku tau mesti berat ati korang nak buang kan coz mostly collection merchandise (esp yang limited edition) mahal reganya. Oklah, kalau terasa rugi buang benda2 tu begitu sahaja, aku suggest pekata korang jual kat orang lain. Tak pun open online bidding (at least dapat gak duit korang balik kan, hahaaa!). Yang penting GET RID OF THOSE THINGS! Tapi ingat, JUAL KAT NON-MUSLIM, jangan jual kat Muslim lak kalau tak sama je pegi balik dosanya. Kang korang dok saving your own ass, Muslim lain lak yang dapat dosa. Tak best ar camtu. Kita kenela tolong selamatkan aqidah sesama Muslim. Kalau tak kita, siapa lagi yang nak tolong saudara seagama, tul tak? *wink

Ni adalah kek yang dibuat oleh seorang peminat Darth Vader. Apa hukum makan kek bentuk ni? aku tak sure la plak, huhu. Kalo ada sesiapa yang tau apa hukumnya bagitau aku eh. Thanks!

Saturday, January 5, 2013

Siapa Alih Keju Aku???





Assalamualaikum and hello peeps!!! Harap masih belum terlambat untuk aku wish “Happy New Year 2013” kat ya’ll (*wink). So, apa azam baru korang untuk tahun 2013 nih? Azam aku ialah to be a better person in everything, plus try to achieve mana2 azam last year yang masih belum terlaksana (buleh tahan banyak gak laa... hahaa!!! ;p). Sempena dengan mood tahun baru yang masih segar dalam diri (I bet ya’ll pun sama), aku nak kongsi satu review about a motivation book yang aku “TERRRR...BACA” couple months ago (aku baca buku motivasi??? KELLLLAASSSS! Hahaa). Mana2 individu yang totally kenal aku mesti dah ketawa terbahak2 sampai tergolek dog dengan confession statement aku nih.. hahaa! Well... whatevs!!! Still aku nak share coz sharing is caring, tak gitu??? *wink.


Korang penah baca buku kat atas nih? It written on the cover that it was already sold 24 million copies worldwide and available in 41 languages. Wah, dasat tuh! Mesti korang terpikir, tak bermotivasi sangat ke aku sampai beriya2 benor baca buku nih? Heh, sori sikit! Aku ni cukup bermotivasi and very inspired person okeh! Yang sebenarnya buku ni diberi percuma oleh company Hubby aku (kononnya nak motivate employee la). Rajin ler pulak Hubby aku nak membaca, hahaa! So dia suh aku je yang baca. Bukunya tak tebal mana, tak sampai 100 m/s pun. It also written that it only takes less than an hour to read. Tapi kalo dah Ilmi dok “hok hek, hok hek” merengek tepi telinga aku buleh la plak aku nak concentrate membaca, huhu. 4 hari setengah baru khatam! Hahaa! Anyway, apa yang diceritakan agak menarik juga. *wink

Buku ni menceritakan kisah 2 ekor tikus bernama “Sniff” dan “Scurry” serta 2 orang so called “littlepeople” (saiznya sekecik 2 ekor tikus tadi) named “Hem” dan “Haw” berusaha mencari keju di dalam sebuah maze.


Hah, mesti korang ingat aku nak tell bedtime story kan? Sorry, korang silap sama sekali! Hahaa! Kali ni den raso maloh pulok nok bercerito panjang. Aku sebenarnya nak bagi korang tengok animated clip citer nih je. Aku pun tak tau clip ni wujud kat Youtube. Punyalah aku menelaah bukunya, tup tup bila aku Google terjumpa lak clip ni yang durationnya cuma 12:53 minit je. Cet, buang masa 4 hari setengah aku betul! Huhu. Anyway peeps, now I present to you the story of “Who Moved My Cheese?”. Enjoyyyyy!!!!!


Hmm... amacam? Ada paham ini cerita tentang apa?? So which 1 is the real you? Sniff? Scurry? Hem? or Haw? If you’re asking me, frankly I admit that I’m like Hem plus Haw. Wish to be like Sniff and Scurry but unfortunately I’m a quite complex and complicated person, huhu. Aku selalu jadi Hem especially when it comes to sudden change of habit kat Ilmi. Kadang2 aku terlupa yang in growing process budak, macam2 perubahan drastik yang berlaku. Dek kerana aku selalu terlampau selesa dengan keadaan yang sedia ada dan not prepared for changes, setiap kali Ilmi buat kerenah baru mula lah aku menggelabah then nak stress tak tentu pasal (sama macam Hem la, tak boleh terima hakikat yang cheese kat Station C dah takde, dok pekik2 “No cheese? No cheese? Who moved my cheeseeeee!?!”). Later on slowly barula aku jadi macam Haw, release my own fear, try cope and adapt with perangai/kerenah baru Ilmi. Huhu... Rasanya aku pun perlu berubah! *wink

The important message is kita perlu sentiasa bersedia untuk mengubah diri kita untuk menjadikan kehidupan kita lebih baik. Allah SWT pun dah mention awal2 dalam Al-Quran, Surah Ar-Ra’d ayat 11. Firman Allah SWT:

لَهُ مُعَقِّبَاتٌ مِنْ بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ يَحْفَظُونَهُ مِنْ أَمْرِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى
  يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ وَإِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِقَوْمٍ سُوءًا فَلَا مَرَدَّ لَهُ وَمَا لَهُمْ مِنْ دُونِهِ مِنْ وَالٍ

Maksudnya : "Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia." (Surah Ar-Ra'd ayat 11)

Perubahan itu lumrah dan ia adalah “New Cheese” dalam perjalanan hidup kita. Walaupun kita rasa macam kita tak perlukan “New Cheese” tu coz kita dah selesa dengan kehidupan sedia ada dan rasa ianya dah lengkap, tapi “New Cheese” tetap akan datang pada kita dalam pelbagai bentuk sama ada peluang, dugaan, nikmat, musibah, atau rezeki. Semua datangnya adalah dari Allah SWT dan ia sentiasa ada hikmah di sebaliknya. Perlu sentiasa ingat, sujud dan bersyukur padaNya tak kira apa saja yang diberikan kepada kita, kerana kita hanyalah seorang hambaNya (hamba ok, hamba... kecik dan hina je kite ni, kene ingat tu).

Aku quote dialog antara bapak dan anak tikus dalam citer Ratatouille:


“Son, we cannot change nature.” “But CHANGE IS NATURE, Dad...”

Takdir hidup kita dah tertulis, “cheese” datang dan “cheese” pergi (juga “cis, bedebah!” hahaa!!! ;p). Yang penting kita perlu bersedia. Bersedia dengan cabaran, bersedia membuat pilihan dan bersedia dengan perubahan. Have to bear in mind, perjalanan hidup akan sentiasa berubah sama ada kita suka ataupun tak. Tapi selagi DIRI KITA tak berubah, maka kita akan terus ketinggalan dalam perjalanan hidup kita sendiri. Takde orang lain, hanya kita sendiri yang boleh mengubah takdir kita menjadi insan yang lebih baik kehidupannya. So to all my peeps, from now on, lets find the “New Cheese”! Yeah!!!


Awesome kan klip dakwah kat atas ni? Ni pun satu “New Cheese” gak, hahaa! Berdakwah dengan cara yang sempoi dan selamba (walaupun nampak sangat hafal skrip) tapi tak kisahla kan. Yang penting mesejnya clear dan disampaikan dengan cara yang sangat mudah untuk diterima dan difahami. Inilah yang dikatakan Islam itu sentiasa seiring dengan peredaran zaman. Sape kata Islam tu kolot??? Tul tak? So to all new generations of Da’i and Ustaz/Ustazah, keep up the good work untuk menyebarkan syiar Islam. Well done ya’ll !!!! *wink.

Saturday, November 24, 2012

Marilah Sama-sama Berjihad untuk Palestin

Assalamualaikum and hello peeps!!! Dah 11 hari kita berada dalam tahun baru Islam 1434H, harap belum terlambat untuk aku ucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU ISLAM 1434H. Semoga tahun baru Islam kali ini membawa pengertian yang lebih bermakna untuk kita supaya berusaha menjadi hamba-Nya yang lebih soleh dan mukmin serta muslim yang lebih baik. Apa azam korang untuk tahun ni??? Aku harap korang berazam segala yang baik untuk tahun baru Islam ni dan semoga korang berjaya mencapai azam2 tersebut. InsyaAllah, aminnnn... Jangan korang beriya2 berazam setiap kali masuk tahun baru masihi je. Sepatutnya sebagai muslim, azam baru dan anjakan paradigma yang ingin dilakukan patut bermula pada tahun baru Islam, tu baru betul! (sekadar mengingatkan ye, hehe).





Pada awal tahun baru kali ni kita telah dikejutkan dengan serangan tentera israel terhadap saudara2 kita di Palestin, terutama di Gaza. Banyak nyawa yang telah terkorban, terutama golongan wanita dan kanak2. Ramai juga para pemuda yang telah gugur syahid di sana. Sesungguhnya syurgalah tempat yang telah dijanjikan Allah untuk mereka, InsyaAllah, aminnnn...








Kita di sini sama2lah berdoa untuk keselamatan, kesejahteraan dan keamanan saudara2 kita di sana. Semoga gencatan senjata yang dijalankan baru2 ini tidak dicabuli oleh tentera israel Laknatullah kerana ianya dapat memberi peluang kepada penduduk Gaza untuk meredakan kesakitan dan kesengsaraan yang mereka alami, memperbaiki kerosakan tempat tinggal mereka serta hidup dengan tenang.