Wednesday, July 25, 2012

Happy Birthday My Dearest Hubby!!!!

Assalamualaikum and hello peeps... Hari ni merupakan hari lahir my dearest Hubby yang ke-28 tahun. Kepada Abangku, Baby ucapkan Happy Birthday to you.... Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki kita sekeluarga, diberi kesihatan yang baik dan dilindungi Allah sentiasa hendaknya... Semoga Abang dapat jadi suami yang soleh dan papa yang mithali yang dapat membimbing kita sekeluarga ke jalan yang diredhai Allah... Dan semoga jodoh kita berkekalan hingga ke syurga, InsyaAllah... May Allah bless you and us together... I LOVE YOU SOOO MUCH, MMMMUUAAAAHHHH!!!! I dedicate this Birthday Song especially for you... ;-*


P/S: Patutlah Ilmi tetiba bangun pukul 3 pagi tadi, nak celebrate birthday Papa dia rupanya laaa... hahaa!!! Kesian la anak kita tido balik dalam menangis... huhuhu

Tips BERBUKA PUASA untuk Wanita yang Diabetic semasa Hamil


Assalamualaikum and hello peeps... Actually aku aim nak publish post ni petang 1st Ramadhan aritu. Tapi keadaan tak mengizinkan coz i’ve been juggling here and there doing some works and taking care of my family at the same time. My life was sooo hectic on the 1st four days of this fasting season! Thanks to my Hubby for being a great helper. I LOVE YOU, HONEY! So, aku sambung tips berpuasa aritu dengan tips berbuka pulak. Berbuka puasa bagi yang pregnant diabetic dietnya taklah complex macam bersahur coz sahur tu makan untuk bekalkan kalori yang cukup kepada badan supaya dapat berpuasa selama 13 jam. Untuk berbuka tak berapa strict sangat sebab lepas berbuka tu korang nak balun apa pun balun laa, cuma sewaktu awal2 berbuka tu kene kawal sikit.

Sebaik sahaja azan Maghrib, berbuka lah dengan sebiji kurma (atau lebih) then minum air (kalau air manis segelas je cukup, even dahaga ingat2 sikit korang tu diabetic ye!). Kalau nak makan sekeping dua kuih pun boleh la. After that korang solat Maghrib dulu.

☻Selain daripada ikut sunnah Nabi, disebabkan pregnant diabetic korang tak boleh terus makan heavy food. Kerana selepas tidak makan selama 13 jam, sudden heavy food intake boleh mengakibatkan badan korang terkejut (I know it sounds ridiculous but believe me its true). Untuk yang pregnant normal maybe takde masalah la kot. Masa aku pregy pernah beberapa kali aku berbuka terus makan nasi, end up badan aku menggigil, kepala pening dan sesak nafas secara tiba2 sampai aku terpaksa solat Maghrib dalam keadaan duduk (kalau aku teruskan solat berdiri sure aku collapse!). *Menurut Ketua Unit Diabetes dan Endokrin Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Nor Azmi Kamaruddin, sebaiknya bagi menjaga paras gula dalam darah digalakkan berbuka dengan sebiji kurma kemudian satu atau dua jenis kuih tanpa minuman manis, kemudian menunaikan solat terlebih dahulu sebelum makan malam. 
 
☻So, berbuka lah dengan makan sikit dulu, after solat Maghrib barula makan yang agak heavy sikit. Lepas bertarawikh makan lagi sikit. Pregnant diabetic ni disyorkan makan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap supaya paras gula darah dapat dikawal dan sentiasa dalam keadaan stabil, InsyaAllah...

Ha, terlampau excited sangat tengok makanan yang best2 terhidang atas meja, jangan korang lupa diri pulak! Heavy food yang korang makan perlu lah ikut sebagaimana main course semasa bersahur. Perlu cukup 3 komponen karbohidrat, protein dan vitamin+serat. Dan jangan lupa kuantiti karbohidrat dan serat perlu disukat. Sukat, jangan tak sukat! Hahaa!!!

Pesanan dari Pihak Penaja

WARNING – Air berkarbonat perlu dielakkan terus sebab kandungan gula di dalamnya umpama lori gula terbalik dalam air tu, termasuklah air isotonik (eg: 100 Plus, 7up Revive, etc). Jangan tertipu dengan word ‘isotonik’ tu, tak percaya tunggu gasnya hilang. Masa tulah korang boleh agak berapa ratus kampit gula yang diorang bubuh dalam tu (disebabkan air isotonik 7up Revive la aku pregnant diabetic, huhu). So amik iktibar dari kesilapan aku. Kalau nak recharge elektrolit dalam badan better korang minum air kelapa yang merupakan air isotonik yang natural. Kulit baby pun boleh jadi putih bersih tau!


☻Kurma merupakan antara makanan yang terbaik dan paling berkhasiat di dunia ni terutama kurma Nabi (Ajwa).

Kalau nurse cek-up asyik warning jangan makan kurma banyak2, korang bolayan je! Taboo je tu. Dah tentu2 kurma ni makanan sunnah, makanan ruji Rasulullah S.A.W, apsal lak kita orang biasa ni pandai2 kata kurma ni boleh buat diabetes lagi teruk. Nonsense! Surah Maryam ayat 25-26 dalam Al-Quran cukup untuk membuktikan khasiat kurma, lebih2 lagi untuk wanita hamil. Nak tau lebih lanjut korang boleh klik http://myibrah.com/khasiat-kurma-pada-ibu-mengandung

☻Untuk yang gila makan daging kambing mcm aku, agak2 terliur tgk kambing panggang yang jual tergolek2 atas api tu, jangan takut lak nak makan. Siapa kata makan kambing tak bagus!?! 

Ha, ni lagi satu taboo. Kita ni sebenarnya dah banyak dimomokkan  dengan fakta pemakanan yang dah diubah oleh orang kafir. Yang ada darah tinggi je kene berjaga2 sikit, tapi takdelah tak boleh makan langsung, cuma kene berpada2. Kalau lepas makan tu terasa badan panas semacam, minumlah air limau atau air barli (kalau boleh tanpa gula). Untuk wanita hamil, air barli sangat bagus diminum. Selain boleh sejukkan dalaman badan, ia juga boleh elakkan berlaku kencing kotor dan bengkak pada kaki (lazim terjadi apabila dah masuk 7 bulan ke atas). Tapi WARNING untuk pregnant diabetic, jangan dimakan biji beras barlinya coz ia adalah sejenis karbohidrat yang boleh menambah kandungan gula darah, minum airnya sahaja tau.

☻Dalam bulan mulia yang penuh baraqah ni, cuba perbanyakkanlah amal ibadat. Banyakkan solat sunat, mengaji Al-Quran dan zikir. Bukan untuk diri sendiri je tapi untuk baby dalam kandungan gak. Banyakkan baca Surah2 seperti di bawah.
Kalau sepanjang berpuasa baby korang gerak terlampau aktif dalam perut sampai korang rasa letih, cuba usap2 perut sambil pujuk baby supaya diam. Bagitau dia yang korang puasa dan mintak dia jangan terlampau aktif sangat, InsyaAllah berkesan. Aku selalu buat mcm tu dulu dan Alhamdulillah sepanjang aku berpuasa, Ilmi diam dan sekali-sekala je dia gerak. Tapi bila dah nak tiba waktu berbuka dia punya bergelodak dalam perut, Subhanallah, mcm dia plak yang excited nak makan...hahaa!!!

Oklah peeps semua, sekian saja tips berpuasa dari aku. Semoga ia dapat dijadikan manfaat untuk kita bersama, Insyaallah... Sebelum mengundur diri, aku nak dedicate clip lagu ‘Harapan Ramadhan’ di bawah ni untuk korang. Semoga ia dapat menginsafkan kita semua untuk sama2 mensucikan hati dan mengawal nafsu dengan memperbanyakkan amal ibadah di bulan Ramadhan yang mulia ini. Wassalam...

 
P/S: Bila menghayati bait2 lirik lagu ni mesti air mata aku bergenang...  Terasa hinanya diri ini di sisi Allah... Semoga aku dapat jadi hambaNya dan insan yang lebih baik Ramadhan ini dan dapat mengistiqamahkannya untuk sepanjang kehidupanku... Amin...
REFERENCE
*Farush Khan, F. F. Digalakkan Berbuka Sebiji Tamar, Kurma Tinggi Kandungan Khasiat. Artikel Harian Metro. July 23, 2012. m/s 10-11.
Baderi, N. K. Khasiat Kurma pada Ibu Mengandung. June 4, 2012. http://myibrah.com/khasiat-kurma-pada-ibu-mengandung. Acess on July 19, 2012.
Kehamilan dan Diabetes. Majalah Mami & Baby. Isu No. 67, Jun 2010. m/s 44-46.
Ramzi, Z. H. Penyusuan Susu Ibu Sewaktu Ramadhan. Majalah Mami & Baby. Isu No. 69, Ogos 2010. m/s 72-74.
Safia, S. Diet untuk Diabetes. Oktober 17, 2011. http://jurnalmalaysia.com/index.php/info-sihat/157-diet-untuk-diabetes. Access on July19, 2012.
Pemakanan untuk Pesakit Kencing Manis. Artikel Hospital Pusrawi. http://www.pusrawi.com.my/index.php?option=com_content&task=view&id=66&Itemid=12&lang=ms. Access on July 19, 2012

Friday, July 20, 2012

Tips BERSAHUR untuk Wanita yang Diabetic semasa Hamil

Assalamualaikum... Sahur adalah wajib untuk orang yang pregnant diabetic nak berpuasa. Kalau tak terbangun sahur, jangan gatal2 nak teruskan puasa. Walaupun korang puasa jangan ingat baby dalam kandungan tu ikut sama puasa gak. Food and nutrition supply dari darah korang ke baby adalah non-stop. Sudahnya kalau tak sahur tapi berkeras nak puasa gak diri sendiri nanti yang tak cukup tenaga. Kang end-up masuk spital lak! Sahur pun kenela heavy sikit. Imagine gabungkan 2 meals utama harian iaitu sarapan dan lunch.

1st: Appetizer

Makan 3 biji kurma dan minum segelas/secawan susu

☻Baca selawat atas Nabi sebelum makan setiap biji kurma. Niatkan dalam hati semoga Allah bagi kudrat dan zat makanan yang cukup untuk korang berpuasa.

WARNING – Untuk pregnant diabetic adalah dilarang sama sekali minum susu khas untuk hamil kerana semua jenis susu tersebut mengandungi paras gula yang agak tinggi (bagi yang pregnant normal takde masalah). So minum susu biasa like Anlene, Dutch Lady, etc atau susu segar (digalakkan yang low-fat).

Habis makan kurma dan minum susu, korang rest perut dalam 10-15minit. Sambil2 tu korang panaskan nasi ke, prepare lauk ke, ape2 jela...

2nd: Main Course

Wajib ada 3 komponen penting: karbohidrat, protein & vitamin+serat. Tang ni korang kene sukat especially pengambilan karbohidrat dan serat. Contoh hidangan lengkap:

Inilah contoh meal orang pregnant diabetic. Nampak dull je kan meal ni. Dull ke tak dull kono tolan jugak! huhu

i) 1 mangkuk sederhana nasi/mee. Aku lagi prefer nasi sbb ia memang makanan berat dan lambat dicernakan jadi perut tak cepat lapar.

ii) 1 mangkuk sederhana atau lebih sayur. Kuantiti sayur WAJIB sama atau lebih daripada nasi (sukat guna mangkuk saiz yang sama dengan nasi).

☻Pilih sayur hijau yang berdaun sebab mengandungi banyak serat atau sayur yang pahit/masam like peria atau tomato. Serat dapat mengawal paras gula dalam darah while sayur pahit/masam dapat seimbangkan tahap gula korang (imagine sayur pahit/masam tu fight dengan manis gula dalam darah, haiyaaah!!!)



☻Sayur berkanji (eg: segala jenis ubi, carrot, labu, jagung, sengkuang cina) tak termasuk dalam 1 mangkuk sayur coz ia lebih kepada karbohidrat. Kalau nak makan sayur jenis ni kene kurangkan nasi. So pilih, nak makan nasi ke sayur berkanji ni?

iii) 1 hidangan ikan (sangat digalakkan sbb kurang lemak) or ayam tanpa kulit or daging tanpa lemak.

☻Jenis masakan sumber protein ni korang kene consider gak. Digalakkan masakan rebus atau stim coz its 0% fat. Kalau digoreng atau lauk tumis, agak2 la time masak tu kurangkan la minyak. Bagi yang gila masak lemak cili padi (mcm aku) atau kari, jangan makan selalu sbb santan tu terdiri dari lemak tepu yang boleh naikkan paras gula darah.

Boleh ke gantikan main course di atas dengan hidangan oat +fruits?


Jawapan aku: Tak digalakkan coz tak cukup 3 komponen. Proteinnya mana??? Oat memang bagus sbb ia jenis karbohidrat yang tinggi serat. Tak taula korang, tapi aku kalau makan oat cepat kenyang pastu cepat gak lapar balik. Takut tak bertahan 13jam berpuasa. Plus fruits yang nak letak dalam oat tu kene consider kandungan gula dia gak. Kalau letak kurma takpela tapi kalau fruits yang lain tak boleh dalam kuantiti banyak. Unless korang masak oat tu ala2 bubur lambuk ada letak sayur dan ayam/daging, tu barula cukup 3 komponen. Nak resipi? Request la, baru aku bagitau...hehe

3rd: Dessert

Wah, siap ada dessert! Mcm kat hotel la plak... hahaa!!! Yang ni optional, nak makan takpe, nak skip pun takpe. Korang boleh makan 3-4 ketul kurma (digalakkan) atau sepotong buah2an yang besar atau sebiji oren. Mcm aku dulu makan oren sbb aku terpaksa makan kerang rebus sendiri after makan nasi untuk naikkan Hb (sel darah merah). Fyi, penyerapan zat besi lebih efisyen bila digabungkan dengan vitamin C tapi kurang efisyen kalau dengan kalsium. Jadi bila makan pil zat besi minumlah dengan fruit juice, jangan minum susu tau!


4th:Plain Water


Take note that korang kene minum banyak air (especially plain water) untuk elakkan dehydration sepanjang berpuasa. Lebih2 lagi semasa cuaca panas terik. Biarlah sampai asyik nak ke toilet je asal korang tak dehydration. Sepanjang malam dari lepas berbuka sampailah bersahur, minumlah sebanyak air yang boleh, ok!

Pesanan dari Pihak Penaja

Masa makan main course (esp. nasi), sebelum suap nasi ke mulut (lepas baca doa makan), gumpalkan nasi sebanyak 3 ketul kecik. Baca Surah Al-Ikhlas then makan nasi segumpal. Ulang bacaan yang sama setiap kali makan seketul gumpalan nasi tadi.

Teruskan makan pregnancy supplement yang korang amek. Tak kisahla pil yang klinik kesihatan bagi (paling penting asid folik dan zat besi), Salindah, Biodex, Obimin, etc (untuk yang makan produk Salindah mcm aku, sila disiplin makan ikut jadual dan arahan kalau korang nak ia betul2 berkesan laaa).

Kalau hari yang korang kene cek-up atau cek darah (hpp 1x, bsp 4x) tak payahla puasa. Takpela setakat buang puasa few days. Kalau korang berkeras nak puasa gak, bila cek darah kantoi dengan nurse, tahanlah telinga kene bebel yer...hahaa!!!

WARNINGKalau tetiba time berpuasa korang pening2, rasa nak pitam, badan menggigil dan berpeluh2 even dalam air-cond, cepat2lah berbuka. Sebab tu tandanya korang hypoglycemia (gula darah rendah – boleh causing koma diabetes) atau extreme dehydration. Batalkan je puasa tu. Kang collapse tau2 bukak mata je dah kat spital, sape yang susah??? Mereka dan keluarga mereka...hahaa!!!

Kalau dah pening sampai tahap camni, korang nak puasa camno??? Berbuka jela...


P/S: Aku bagi tips panjang2 ni satu benda penting aku lupa nak remind. JANGAN LUPA NIAT BERPUASA! Kang pulun makan mcm2 tapi tak niat, buek abih bogheh jo puaso...hahaa!!!

Tips Berpuasa untuk Wanita yang Diabetic semasa Hamil

Assalamualaikum and hello peeps... Ahlan wa sahlan ya Ramadhan Al-Mubarak 1433Hijrah. InsyaAllah, dipanjangkan umur kita esok semua umat Islam di seluruh dunia akan mula berpuasa. Alhamdulillah, mari sama2 kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana masih lagi diberi peluang untuk bertemu semula dengan bulan mulia penuh baraqah yang muncul hanya sekali dalam setahun. Thank you Allah...

Istimewa untuk Ramadhan kali ini, aku nak berkongsi dengan peeps semua tips berpuasa untuk bakal2 ibu yang menghidap diabetes semasa hamil. Tips ini adalah dari pengalaman aku sendiri masa mengandungkan Ilmi 2 tahun lepas. Harap sedikit sebanyak ia dapat membantu especially bagi ibu2 yang 1st time pregnancy dah kene diabetes (mcm aku la, hahaa!!!). Jangan anda berasa sedih atau frust apabila disahkan diabetic kerana semuanya hanyalah dugaan Allah untuk kita, pasti ada hikmahnya (nilah antara hikmah aku pregnant diabetic aritu, dapat aku share tips dengan korang semua, hehe).

Diabetic semasa hamil atau gestational diabetes mellitus terjadi apabila penghasilan hormon insulin dalam badan terganggu akibat perubahan fisiologi yang berlaku disebabkan mengandung. Boleh ke orang pregnant diabetic ni berpuasa??? Kalau tanya nurse yang cek-up monthly korang sure diorang tak bagi punya, hahaa!!! Actually depends pada daya ketahanan badan masing2. Untuk yang baru 1st trimester especially yang asyik loya muntah2 aku tak pastilah (coz masa puasa aritu aku dah pregy 9 bulan jadi takdelah morning sickness problem). Kalau memudaratkan diri baik jangan puasa. Agama Islam ni tak zalim... Nanti lepas bersalin , qada’ jelah ape susah! Hehe...

So untuk yang pregnant diabetic tapi rasa2nya larat berpuasa, aku nak share tips2 diet pemakanan yang aku amalkan semasa bersahur dan berbuka. Untuk yang breastfeed pun boleh cuba, InsyaAllah diet aku ni dapat membekalkan cukup kalori untuk badan hasilkan susu ibu. Ingin aku tegaskan di sini bahawa bukan aku suka-suki je buat diet ni sendiri. Ini adalah hasil dari aku kene ceramah kaw2 dengan pakar pemakanan Hospital Sultanah Aminah masa mula2 disahkan diabetic, plus beberapa reference yang aku buat. Sekian...


P/S: Mesti korang tertanya2 “mana tipsnya???” hahaa!!! Sori, bukan niat aku nak tipu peeps semua. Aku terpaksa divide kepada 3 posts coz kalau aku write semua dalam 1 post ni berjela2 jadinya. Daripada nak bagi tips terus jadi bedtime story lak, hahaa!!! So peeps, c u in the next posts about tips bersahur dan tips berbuka puasa ya....!

Tuesday, July 17, 2012

I’ve found a Proboscis Monkey in Mersing, Johor!

Proboscis Monkey (Nasalis larvatus)
a.k.a Long-nosed Monkey, in Malay: Kera Bekantan

Assalamualaikum and hello peeps... Agak2 korang percaya tak dengan statement aku di atas? Believe it or not, memang betul aku jumpa kera ni melintas jalan sewaktu on the way balik dari Pantai Teluk Gorek, Mersing last Saturday. Masa tu kitorang kat area antara Tanjung Resang dan Tenglu, yang mana di kiri kanan jalan semuanya diliputi hutan bakau-pantai. Tapi rupa dia takla macam gambar kat atas. Saiz badannnya kecik sikit, lebih kurang macam kera biasa cuma hidungnya panjang. Rupa kera tu sama macam gambar kera di bawah ni.



Malangnya, kitorang tak sempat on camera untuk snap gambar kera tu. Tapi aku dan Hubby memang nampak dengan jelas muka dan hidung panjang kera tu sebab masa tu Hubby aku slowkan kereta untuk bagi kera tu melintas jalan. Aku jadi hairan bin ajaib bila jumpa kera tu. Kenapa aku hairan??? Sebab setahu aku (dan mungkin setahu korang jugak) Proboscis Monkey ni cuma ada di kawasan Sabah dan Sarawak sahaja! Jadi macam mana kera ni boleh ada di kawasan hutan bakau-pantai Mersing, Johor??? Untuk kepastian aku pun Google dan jumpa beberapa fakta tentang Proboscis Monkey.

*The Proboscis Monkey is a medium-sized arboreal primate that is found exclusively in the rainforests of Borneo. The Proboscis Monkey is natively found on the island of Borneo where it was once fairly widespread (with the exception of central Sarawak) throughout the coastal mangrove forests. The Proboscis Monkey inhabits very unique habitats and is most commonly found in mangrove swamps, but is also known to inhabit coastal mangroves, riverine forests and lowland rainforest providing that there is a good source of fresh water.

Tak puas hati, aku search lagi. Dan aku cuba search website yang more convincing. Then, aku terjumpa info tentang Proboscis Monkey di website NationalGeographic.com.

**Proboscis monkeys are endemic to the jungles of Borneo, never straying far from the island’s rivers, coastal mangroves, and swamps. Unfortunately, Borneo’s most threatened landscapes are home to these highly specialized primates. The rampant clearing of the region’s rain forests for timber, settlement, and oil palm plantations has depleted huge tracts of their habitat. The fragmentation of the monkeys' range means they are being forced to descend from the trees more frequently and often must travel perilously long distances to find food.


Map di atas jelas menunjukkan taburan habitat semulajadi Proboscis Monkey hanya terdapat di Kepulauan Borneo, Brunei dan Kalimantan. Adakah mungkin spesies ini telah berenang merentasi Laut China Selatan dan berhijrah ke hutan bakau-pantai Semenanjung Malaysia untuk mencari habitat dan nic yang baru disebabkan perpecahan populasi asal dan ancaman habitat semulajadi mereka di sana? Jangan tak percaya, spesies ini boleh berenang tau!


*The Proboscis Monkey spends the majority of it's life very close to water and is an adept swimmer, aided by it's partially webbed feet which help it to both paddle in the water and walk on the slippery banks. The Proboscis Monkey is very agile whilst in the trees and is also known to leap into the water from heights of up to 50ft!

Tapi kalau difikirkan secara logik akan kedalaman, keluasan dan bahaya ancaman pemangsa yang ada di Laut China Selatan, macam mustahil rasanya kera ni dapat berenang dari Sabah/Sarawak sampai ke Semenanjung Malaysia dengan selamatnya. So aku usaha untuk search lagi fakta yang lebih logik tentang kebarangkalian wujudnya spesies ini di hutan bakau-pantai Mersing. Then, aku terjumpa info tentang projek pembiakan dan pemuliharaan Proboscis Monkey yang dijalankan di Zoo Singapura.

***To date, Singapore Zoo has the largest breeding group of proboscis monkeys, a total of 17, outside its home range on the island of Borneo.

Jadi mungkinkah ada antara kera bekantan yang dibiakkan di Zoo Singapura tersebut telah terlepas dan berhijrah hingga ke hutan bakau-pantai Mersing, akhirnya menghuni dan membiak di kawasan tersebut kerana ianya hampir sama dengan habitat semulajadi di tempat asal mereka??? Hubby aku pulak kata kawasan yang kitorang jumpa Proboscis Monkey tu merupakan jalan untuk pergi ke Endau. So mungkin kera tu datang dari hutan di Taman Negara Endau-Rompin. Aku pun cubalah cari info berkaitan Taman Nagara Endau-Rompin.

****Di Taman Negara Endau-Rompin juga terdapat banyak hidupan liar seperti harimau, gajah dan babi hutan serta bilangan badak sumbu Sumatera yang terbesar di dunia. Spesies tempatan yang lain termasuk binturung (bear cat) dan Ungka Tangan Putih (white handed gibbon) yang merupakan spesies mawas yang tunggal di kawasan ini.

Itu jelah info yang aku dapat tentang haiwan2 yang ada dijumpai di Taman Negara Endau-Rompin setakat ni. Takde pulak mention pasal Proboscis Monkey. So peeps, what’s your opinion???

If u ask me, aku menyeru kepada para penyelidik tempatan terutama yang major bahagian biodiversiti untuk segera melakukan penyelidikan tentang kebarangkalian wujudnya populasi Proboscis Monkey di hutan bakau-pantai Semenanjung Malaysia (especially hutan di Mersing la, tempat kitorang terjumpa dengan spesies ni). Kalau betul la wujud habitat mereka di sini, I think it’s crucial to be documented (sebelum orang asing yang buat penemuan tersebut). Yela, rare and endangered species macam Proboscis Monkey ni lah khazanah alam semulajadi negara kita yang perlu dilindungi, takkan kita nak biar orang luar yang buat discovery. Kalau lah aku jumpa spesies ni masa zaman study dulu rasanya mungkin aku dah tubuhkan satu team untuk buat research expedition kat hutan bakau-pantai Mersing tu. So peeps, what say you????


P/S: Subhanallah... tengoklah betapa Allah tu Maha Berkuasa mencipta sekelian alam dan isinya. Walaupun dah banyak kita selidik dan ilmu diterokai, masih ada dan semakin banyak sebenarnya yang kita belum ketahui. Semoga ianya dapat menambahkan lagi keimanan kita kepada Allah S.W.T... Wallahua’lam...


REFERENCE

*A-Z Animals, Proboscis Monkey. http://a-z-animals.com/animals/proboscis-monkey/ . Acces on 16th July 2012

**Animals Nat Geo Wild, Proboscis Monkey. http://animals.nationalgeographic.com/animals/mammals/proboscis-monkey/ . Access on 16th July 2012

***Singapore Zoo, Proboscis Monkey. http://www.zoo.com.sg/l2_t1.aspx?l2=42&l1=5&langid=1 . Access on 16th July 2012

****Taman Negara Endau-Rompin. http://ms.wikipedia.org/wiki/Taman_Negara_Endau-Rompin . Access on 14th July 2012

Tuesday, July 10, 2012

Child Missing After School

Assalamualaikum and hello peeps... Last week i called my Mom and she told me anak Abang aku, Syahmi Nabil, hilang masa balik dari sekolah kebangsaan sesi petang. Kesian Abang and Sis-in-law aku ke sana ke mari cari anak diorang. Paling kesian kat Sis-in-law aku. Dahla belum betul2 sembuh dari operation kat perut, panik anak hilang sampai berlari-lari dia cari Syahmi satu kawasan sekolah. Nasib baik tak jadi apa2 kat Sis-in-law aku.

Siapa yang salah dalam kejadian ni? Abang aku tak, coz dia kat ofis time tu. Sis-in-law pun tak salah coz dia dah pesan kat Syahmi balik naik bas sekolah sebab dia fetch Abang aku balik ofis. Kalau ada pun dia tersilap sikit coz lupa nak inform driver bas. Yela, dalam keadaan dia still sakit pulak tu nak uruskan hal rumahtangga kadang2 boleh jadi terlupa. Syahmi? Lagi la tak salah! What can we expect from a naive 7 years old kid? At least he’s so smart for making some efforts to tell one of his school teacher that he missed the bus, then bravely ask favor from a stranger to give him ride back home (I admire his smartness and courage). Driver bas pun tak salah coz dia tak tau pun Syahmi patut naik bas petang tu. Orang yang tumpangkan Syahmi pun tak salah coz even dia tak kenal Syahmi or Abang / Sis-in-law aku at least dia tolong hantar Syahmi sampai ke rumah dengan selamat. So, who’s to be blame????

The answer is... CIKGU SEKOLAH yang Syahmi pergi jumpa dan bagitau dia kene tinggal dengan bas sekolah tu!!! Aku pun tak tau la apa punya jenis cikgu la yang tak bertanggungjawab boleh suruh anak sedara aku tumpang mana2 parent yang ada kat luar gate sekolah. Kalau kau cikgu yang bertanggungjawab, orang yang ada perikemanusiaan and civic-minded patut kau tolong hantar anak sedara aku tu balik rumah. Tak pun kau tolong teman anak sedara aku kat sekolah, to ensure his safety sampai Abang aku datang. Tak kisah la anak sedara aku tu murid kelas kau ke tak, yang penting dia murid sekolah kau kan! Kalau alasan kau tak drive apa2 transport pergi-balik sekolah, wei aku dulu time jadi cikgu sekolah menengah pun tak drive la. Hari2 ayah aku send and fetch me, kadang2 tunang aku (now my Hubby), takde masalah pun aku tumpangkan student balik rumah even bukan murid kelas aku!

Ke kau nak cepat balik rumah takut ‘ter’missed tengok drama ‘Dejavu di Kinabalu’? Weh, kalau kau ‘ter’missed pun boleh tengok kat Tonton.com la. Kalau anak sedara aku yang missing kene kidnap, boleh ke kau cari dia kat Tonton.com tu? What a selfish this kind of fella!?! Nama je kat sekolah ada subjek Pendidikan Sivik untuk murid tapi dalam diri “sesetengah” cikgu sendiri takde kesedaran sivik. Macam mana la budak2 dan parent sekarang makin lama makin tak respect pada cikgu, disebabkan cikgu2 yang tak bertanggungjawab camnila.

Therefore, to all peeps dan kawan2 aku yang sudah bergelar cikgu atau bakal bergelar cikgu, korang ambik la iktibar atas kejadian yang menimpa anak sedara aku ni. Aku doa dan harap sangat2 korang janganla jadi “sesetengah” cikgu yang aku cakapkan tu. Dan kepada cikgu sekolah Syahmi yang berkenaan, kau kene ingat ‘what goes around, comes around’ coz that’s how this world works. Suatu hari nanti kalau jadi benda yang sama pada anak kau, jangan nak tunding jari pada orang lain. Lu pikirla sendiri, rewind dalam otak apa yang pernah kau buat. Bukan aku doakan yang buruk, cuma mengingatkan saja. Sekian...


P/S: Pelik kan masih ada pelajar Melayu Tingkatan 5 yang bersekolah di kawasan bandar tidak pandai membaca walaupun dalam Bahasa Melayu. Selama 11 tahun budak tu bersekolah, agak2nya apa la yang cikgu2 dia buat ek? Satu persoalan yang patut kita fikirkan bersama...