Pada awal tahun baru kali ni kita telah dikejutkan dengan serangan tentera israel terhadap saudara2 kita di Palestin, terutama di Gaza. Banyak nyawa yang telah terkorban, terutama golongan wanita dan kanak2. Ramai juga para pemuda yang telah gugur syahid di sana. Sesungguhnya syurgalah tempat yang telah dijanjikan Allah untuk mereka, InsyaAllah, aminnnn...
Kita di sini sama2lah berdoa untuk keselamatan, kesejahteraan dan keamanan saudara2 kita di sana. Semoga gencatan senjata yang dijalankan baru2 ini tidak dicabuli oleh tentera israel Laknatullah kerana ianya dapat memberi peluang kepada penduduk Gaza untuk meredakan kesakitan dan kesengsaraan yang mereka alami, memperbaiki kerosakan tempat tinggal mereka serta hidup dengan tenang.
Selain
berdoa untuk saudara2 kita di Gaza, dengan menderma juga menunjukkan
bahawa kita juga ada bersama mereka... marilah kita sama2 menderma
kerana mungkin inilah jihad kecil yang termampu kita lakukan dari
jauh... InsyaAllah...
sedih kan? tu lah, agaknya bila la mereka ni nak merasa kemerdekaan kat dunia ni...
ReplyDeletePalestine dah diiktiraf sbg sebuah negara ^^
ReplyDeletesenyap je orang kite sekarang tentang isu Palestin. kat FB pn dah kurang yang post tentang saudara2 kita di sana. yang boikot2 pun ntah masih boikot atau tak (Alhamdulillah, aku masih lagi bertahan memboikot walaupun iklan burger prosperity tu macam memanggil2 aku untuk gi ke McD) haha. tapi harap2 senyap berisi lah. maksud aku senyap tapi masih kita tak lupa berdoa dan menderma untuk Palestin (peringatan untuk diri aku gak). jangan isu Palestin ni cuma isu bermusim. asal diorg kene serang israel barulah kita bising2. jangan sesekali kita lupa saudara2 kita di sana yer... peace no war!
ReplyDelete