Saturday, January 5, 2013

Siapa Alih Keju Aku???





Assalamualaikum and hello peeps!!! Harap masih belum terlambat untuk aku wish “Happy New Year 2013” kat ya’ll (*wink). So, apa azam baru korang untuk tahun 2013 nih? Azam aku ialah to be a better person in everything, plus try to achieve mana2 azam last year yang masih belum terlaksana (buleh tahan banyak gak laa... hahaa!!! ;p). Sempena dengan mood tahun baru yang masih segar dalam diri (I bet ya’ll pun sama), aku nak kongsi satu review about a motivation book yang aku “TERRRR...BACA” couple months ago (aku baca buku motivasi??? KELLLLAASSSS! Hahaa). Mana2 individu yang totally kenal aku mesti dah ketawa terbahak2 sampai tergolek dog dengan confession statement aku nih.. hahaa! Well... whatevs!!! Still aku nak share coz sharing is caring, tak gitu??? *wink.


Korang penah baca buku kat atas nih? It written on the cover that it was already sold 24 million copies worldwide and available in 41 languages. Wah, dasat tuh! Mesti korang terpikir, tak bermotivasi sangat ke aku sampai beriya2 benor baca buku nih? Heh, sori sikit! Aku ni cukup bermotivasi and very inspired person okeh! Yang sebenarnya buku ni diberi percuma oleh company Hubby aku (kononnya nak motivate employee la). Rajin ler pulak Hubby aku nak membaca, hahaa! So dia suh aku je yang baca. Bukunya tak tebal mana, tak sampai 100 m/s pun. It also written that it only takes less than an hour to read. Tapi kalo dah Ilmi dok “hok hek, hok hek” merengek tepi telinga aku buleh la plak aku nak concentrate membaca, huhu. 4 hari setengah baru khatam! Hahaa! Anyway, apa yang diceritakan agak menarik juga. *wink

Buku ni menceritakan kisah 2 ekor tikus bernama “Sniff” dan “Scurry” serta 2 orang so called “littlepeople” (saiznya sekecik 2 ekor tikus tadi) named “Hem” dan “Haw” berusaha mencari keju di dalam sebuah maze.


Hah, mesti korang ingat aku nak tell bedtime story kan? Sorry, korang silap sama sekali! Hahaa! Kali ni den raso maloh pulok nok bercerito panjang. Aku sebenarnya nak bagi korang tengok animated clip citer nih je. Aku pun tak tau clip ni wujud kat Youtube. Punyalah aku menelaah bukunya, tup tup bila aku Google terjumpa lak clip ni yang durationnya cuma 12:53 minit je. Cet, buang masa 4 hari setengah aku betul! Huhu. Anyway peeps, now I present to you the story of “Who Moved My Cheese?”. Enjoyyyyy!!!!!


Hmm... amacam? Ada paham ini cerita tentang apa?? So which 1 is the real you? Sniff? Scurry? Hem? or Haw? If you’re asking me, frankly I admit that I’m like Hem plus Haw. Wish to be like Sniff and Scurry but unfortunately I’m a quite complex and complicated person, huhu. Aku selalu jadi Hem especially when it comes to sudden change of habit kat Ilmi. Kadang2 aku terlupa yang in growing process budak, macam2 perubahan drastik yang berlaku. Dek kerana aku selalu terlampau selesa dengan keadaan yang sedia ada dan not prepared for changes, setiap kali Ilmi buat kerenah baru mula lah aku menggelabah then nak stress tak tentu pasal (sama macam Hem la, tak boleh terima hakikat yang cheese kat Station C dah takde, dok pekik2 “No cheese? No cheese? Who moved my cheeseeeee!?!”). Later on slowly barula aku jadi macam Haw, release my own fear, try cope and adapt with perangai/kerenah baru Ilmi. Huhu... Rasanya aku pun perlu berubah! *wink

The important message is kita perlu sentiasa bersedia untuk mengubah diri kita untuk menjadikan kehidupan kita lebih baik. Allah SWT pun dah mention awal2 dalam Al-Quran, Surah Ar-Ra’d ayat 11. Firman Allah SWT:

لَهُ مُعَقِّبَاتٌ مِنْ بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ يَحْفَظُونَهُ مِنْ أَمْرِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى
  يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ وَإِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِقَوْمٍ سُوءًا فَلَا مَرَدَّ لَهُ وَمَا لَهُمْ مِنْ دُونِهِ مِنْ وَالٍ

Maksudnya : "Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia." (Surah Ar-Ra'd ayat 11)

Perubahan itu lumrah dan ia adalah “New Cheese” dalam perjalanan hidup kita. Walaupun kita rasa macam kita tak perlukan “New Cheese” tu coz kita dah selesa dengan kehidupan sedia ada dan rasa ianya dah lengkap, tapi “New Cheese” tetap akan datang pada kita dalam pelbagai bentuk sama ada peluang, dugaan, nikmat, musibah, atau rezeki. Semua datangnya adalah dari Allah SWT dan ia sentiasa ada hikmah di sebaliknya. Perlu sentiasa ingat, sujud dan bersyukur padaNya tak kira apa saja yang diberikan kepada kita, kerana kita hanyalah seorang hambaNya (hamba ok, hamba... kecik dan hina je kite ni, kene ingat tu).

Aku quote dialog antara bapak dan anak tikus dalam citer Ratatouille:


“Son, we cannot change nature.” “But CHANGE IS NATURE, Dad...”

Takdir hidup kita dah tertulis, “cheese” datang dan “cheese” pergi (juga “cis, bedebah!” hahaa!!! ;p). Yang penting kita perlu bersedia. Bersedia dengan cabaran, bersedia membuat pilihan dan bersedia dengan perubahan. Have to bear in mind, perjalanan hidup akan sentiasa berubah sama ada kita suka ataupun tak. Tapi selagi DIRI KITA tak berubah, maka kita akan terus ketinggalan dalam perjalanan hidup kita sendiri. Takde orang lain, hanya kita sendiri yang boleh mengubah takdir kita menjadi insan yang lebih baik kehidupannya. So to all my peeps, from now on, lets find the “New Cheese”! Yeah!!!


Awesome kan klip dakwah kat atas ni? Ni pun satu “New Cheese” gak, hahaa! Berdakwah dengan cara yang sempoi dan selamba (walaupun nampak sangat hafal skrip) tapi tak kisahla kan. Yang penting mesejnya clear dan disampaikan dengan cara yang sangat mudah untuk diterima dan difahami. Inilah yang dikatakan Islam itu sentiasa seiring dengan peredaran zaman. Sape kata Islam tu kolot??? Tul tak? So to all new generations of Da’i and Ustaz/Ustazah, keep up the good work untuk menyebarkan syiar Islam. Well done ya’ll !!!! *wink.

3 comments:

  1. yeah never underestimate the 'mice'.. 'simple minds' achieve a lot more sometimes.. lol XD

    the most important thing is.. BE POSITIVE, and think outside the box.. don't let the old poisonous 'stigma masyarakat' get to us in achieving our goals ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko memang betul!!! berapa ramai orang cakap rugi aku blaja tinggi2 tapi tak keje. memula memang sakit ati (manela tak sakit kalo in-laws aku pon bising) tapi parent aku rilek je dgn decision aku - LOVE U MOM & DAD! tapi lama2 aku pk lantakla dgn orang lain kn! we cannot satisfy everyone. yang penting as long as kita tau apa kita buat ni betul and ada sebab yang relevan just go with it! ;)

      Delete
    2. heh mulut org biase la.. parents ko rilek sbb dorang tau hukum agama.. isteri tak wajib keje n suami tak boleh paksa isteri keja, apatah lg in-laws.. dorang x de hak nak bising2 hal rumahtgga ank dorang melainkan berlakunya penderaan ke ape... n ko pun x de hutang yuran pengajian ke apa yg nk kena selesaikan pun kan, yg mana kalo ada ianya membebankan suami ko utk setelkannya if ko x keja kan? x de pon.. blajar tggi2 dulu pon pakai scholarship+elaun yg x mengikat ko utk keje selama sekian2 tahun pun kan? so no fuss at all la... sabar je ler, abis2 ko cari video ustaz azhar idrus kat youtube pasal tanggungjwb suami dan tiada paksaan utk isteri bekerja.. haa baru dorang tau kot... lol

      Delete