Tuesday, January 8, 2013

Misteri Topeng Darth Vader





Assalamualaikum and hello peeps!!! Walaupun zaman cerita Star Wars sudah agak lama berlalu, tapi aku nak tanya kepada peeps semua “Adakah anda kenal siapa itu Darth Vader (gambar di atas)?” Kepada “kipas-susah-mati” Star Wars memang tipula kalau ngaku tak kenal dengan makhluk kat atas ni. Aku bukanla peminat Star Wars pun, tapi aku dah kenal dengan character Darth Vader ni sejak zaman agas2 lagi walaupun time tu aku tak pernah pun tengok citernye. PENGAKUAN BERANI MATI: AKU TAK SUKA DENGAN CITER STAR WARS COZ MEMENINGKAN KEPALA! Sebab citer dia kan jenis terbalik2 kong, yang recent sequel sebenarnya kisah dolu2, yang dolu2 punye sequel lak citer tentang recent timeline (hah, korang baca ayat aku pun pening kepala kan. Camtu la pening kepala aku terhadap citer nih!). Siap aku mempersoalkan kewajaran Hubby aku meng’dunlot’ full 6 episodes Star Wars yang aku rasa wat memenuhkan laptop dgn benda yang tak berpekdah je. Pada suatu hari... dengan tak sengajanya aku “terrrr....layannnn” la plak sequel2 Star Wars ni dek kerana dah takde citer len aku nak ngadap kat laptop Hubby aku (tetiba rasa boley tahan laa citer dia, hahaa!).

Wokeh, berbalik pada topik tentang Darth Vader. Watak ini sering digambarkan sebagai “the coolest villain of all time” kepada peminat citer Star Wars. Walaupun dia seorang villain a.k.a orang jahat dalam citer tu, tapi wataknya sangat disukai dan dikagumi ramai orang, salah satu sebab adalah kerana costume dan topengnya yang dikategorikan sebagai unik membuatkan kekejaman dia nampak ala2 macho + cool. And believe me, disebabkan fanatik terhadap ke”cool”an watak dan costumenya, maka ramai “kipas-susah-mati” yang jadi collector apa2 merchandise berkaitan dengan figura Darth Vader (eg: miniature, outfit, jam, etc).

Antara contoh merchandise yang selalu orang collect

Even aku yang “buta” Star Wars dulu2 pun suka guna wallpaper Darth Vader kat skrin handphone, siap bila aku guna option wallpaper tu automatik ringtone aku akan bertukar lagu ost Star Wars  “The Imperial March” (lagu tema appearance Darth Vader dalam citer tu). Bila orang call aku, handphone aku pun bunyik “tet tet tet tet tetteet tet tetteeeet...” (wah, siap wat sound effect lak, hahaa!) memang syok dengor! ;p

Sebenarnya kalau korang nak tau (atau tak nak tau, aku nak bagitau gak) ada rahsia dan misteri tersembunyi di sebalik penciptaan topeng si Darth Vader ni. Dan diharap after korang tau pasal benda ni, mana2 Muslim yang jadi collector merchandise Darth Vader, sila lah buang segala benda2 tersebut (esp yang ada bentuk topeng dia lah). Kenapa ek? Untuk pengetahuan peeps semua, rekabentuk topeng Darth Vader ni sama sebijik lagi sejibik dengan rekabentuk salah satu kepala monumen di bangunan sebuah gereja besar di Amerika Syarikat yang bernama Washington National Cathedral.


Kepala monumen tersebut terletak di kedudukan yang sangat tinggi pada menara gereja tersebut. Dan ianya tidak dapat dilihat dengan mata kasar, hanya dengan menggunakan teropong sahaja barulah dapat melihat kepala monumen itu dengan jelas. SOKLAN CEPUMAS AKU: 1st, Kenapa kepala monumen tu diletakkan pada kedudukan setinggi itu? 2nd, Adakah persamaan antara kepala monumen gereja tu dengan topeng watak Darth Vader adalah suatu kebetulan? Untuk penjelasan yang lebih terperinci, sila klik link kat bawah ni:


So peeps, macam aku cakap tadi, kepada Muslim yang collect merchandise berkaitan Darth Vader, sila lah buang barang2 tersebut. 

Yang ni boleh kot kalo nak simpan sebab muka coklat M&Ms bukan muka Darth Vader
 
Ya, aku tau korang sayang collection korang tu, tapi mane lagi korang sayang; benda2 alah tu yang boleh mensyirikkan korang dan mengheret korang ke neraka atau aqidah keimanan korang kepada Allah SWT? Kalau korang pilih option kedua, Alhamdulillah dan sila lah buang barang2 tersebut. Tapi kalau korang pilih option pertama, Astaghfirullahal’azim... baik korang mengucap 2 kalimah Syahadah balik. Aku tau mesti berat ati korang nak buang kan coz mostly collection merchandise (esp yang limited edition) mahal reganya. Oklah, kalau terasa rugi buang benda2 tu begitu sahaja, aku suggest pekata korang jual kat orang lain. Tak pun open online bidding (at least dapat gak duit korang balik kan, hahaaa!). Yang penting GET RID OF THOSE THINGS! Tapi ingat, JUAL KAT NON-MUSLIM, jangan jual kat Muslim lak kalau tak sama je pegi balik dosanya. Kang korang dok saving your own ass, Muslim lain lak yang dapat dosa. Tak best ar camtu. Kita kenela tolong selamatkan aqidah sesama Muslim. Kalau tak kita, siapa lagi yang nak tolong saudara seagama, tul tak? *wink

Ni adalah kek yang dibuat oleh seorang peminat Darth Vader. Apa hukum makan kek bentuk ni? aku tak sure la plak, huhu. Kalo ada sesiapa yang tau apa hukumnya bagitau aku eh. Thanks!

4 comments:

  1. luke, i am your father... lol XD

    aku mmg x minat star wars dari dulu smpai skang.. tengok pon kat tv jer zaman dulu tu, x pernah pulak tingin nak donlot atau beli.. merchandise die lagi la aku pandang seblah mata je kalo nmpak kat mall..

    bagi aku la, soal get rid of those darth items tu via jual kat non-mus, still kira haram kot cuz there's a possibility for them to sell those things again, n just anybody can buy them... kalo aku ada benda2 tu, aku akan amik keputusan hancurkan saja dan buang dalam tong sampah public... kalo aku la.. hahaa :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. tul, tul, tulllll... hehehe... anis-chan, kalo yang makan kek darth vader tu plak camne? aku pk cam takpe kot makan kek tu coz bile masuk perot proses jadik taik ke lubang jamban je peginye, tul x? hahahaha... ko rase camne anis?

      Delete
    2. oh aku tak suka makan kek.. tp dlm hal tu kalo rasa was2 baik tak yah makan, n kalo rasa no big deal coz it's just a cake made of halal ingredients, makan je kot.. hehe :p

      Delete
  2. Hey Friends!
    Im Back With Top 10 Free Star War Ringtones Of Amazing People

    Download here: Star wars ringtones free

    High quality ringtones. All ringtones are in .mp3 & m4r format.
    Visit website: https://ringtonedownload.net
    Hope You Enjoy!

    ReplyDelete