Friday, July 20, 2012

Tips BERSAHUR untuk Wanita yang Diabetic semasa Hamil

Assalamualaikum... Sahur adalah wajib untuk orang yang pregnant diabetic nak berpuasa. Kalau tak terbangun sahur, jangan gatal2 nak teruskan puasa. Walaupun korang puasa jangan ingat baby dalam kandungan tu ikut sama puasa gak. Food and nutrition supply dari darah korang ke baby adalah non-stop. Sudahnya kalau tak sahur tapi berkeras nak puasa gak diri sendiri nanti yang tak cukup tenaga. Kang end-up masuk spital lak! Sahur pun kenela heavy sikit. Imagine gabungkan 2 meals utama harian iaitu sarapan dan lunch.

1st: Appetizer

Makan 3 biji kurma dan minum segelas/secawan susu

☻Baca selawat atas Nabi sebelum makan setiap biji kurma. Niatkan dalam hati semoga Allah bagi kudrat dan zat makanan yang cukup untuk korang berpuasa.

WARNING – Untuk pregnant diabetic adalah dilarang sama sekali minum susu khas untuk hamil kerana semua jenis susu tersebut mengandungi paras gula yang agak tinggi (bagi yang pregnant normal takde masalah). So minum susu biasa like Anlene, Dutch Lady, etc atau susu segar (digalakkan yang low-fat).

Habis makan kurma dan minum susu, korang rest perut dalam 10-15minit. Sambil2 tu korang panaskan nasi ke, prepare lauk ke, ape2 jela...

2nd: Main Course

Wajib ada 3 komponen penting: karbohidrat, protein & vitamin+serat. Tang ni korang kene sukat especially pengambilan karbohidrat dan serat. Contoh hidangan lengkap:

Inilah contoh meal orang pregnant diabetic. Nampak dull je kan meal ni. Dull ke tak dull kono tolan jugak! huhu

i) 1 mangkuk sederhana nasi/mee. Aku lagi prefer nasi sbb ia memang makanan berat dan lambat dicernakan jadi perut tak cepat lapar.

ii) 1 mangkuk sederhana atau lebih sayur. Kuantiti sayur WAJIB sama atau lebih daripada nasi (sukat guna mangkuk saiz yang sama dengan nasi).

☻Pilih sayur hijau yang berdaun sebab mengandungi banyak serat atau sayur yang pahit/masam like peria atau tomato. Serat dapat mengawal paras gula dalam darah while sayur pahit/masam dapat seimbangkan tahap gula korang (imagine sayur pahit/masam tu fight dengan manis gula dalam darah, haiyaaah!!!)



☻Sayur berkanji (eg: segala jenis ubi, carrot, labu, jagung, sengkuang cina) tak termasuk dalam 1 mangkuk sayur coz ia lebih kepada karbohidrat. Kalau nak makan sayur jenis ni kene kurangkan nasi. So pilih, nak makan nasi ke sayur berkanji ni?

iii) 1 hidangan ikan (sangat digalakkan sbb kurang lemak) or ayam tanpa kulit or daging tanpa lemak.

☻Jenis masakan sumber protein ni korang kene consider gak. Digalakkan masakan rebus atau stim coz its 0% fat. Kalau digoreng atau lauk tumis, agak2 la time masak tu kurangkan la minyak. Bagi yang gila masak lemak cili padi (mcm aku) atau kari, jangan makan selalu sbb santan tu terdiri dari lemak tepu yang boleh naikkan paras gula darah.

Boleh ke gantikan main course di atas dengan hidangan oat +fruits?


Jawapan aku: Tak digalakkan coz tak cukup 3 komponen. Proteinnya mana??? Oat memang bagus sbb ia jenis karbohidrat yang tinggi serat. Tak taula korang, tapi aku kalau makan oat cepat kenyang pastu cepat gak lapar balik. Takut tak bertahan 13jam berpuasa. Plus fruits yang nak letak dalam oat tu kene consider kandungan gula dia gak. Kalau letak kurma takpela tapi kalau fruits yang lain tak boleh dalam kuantiti banyak. Unless korang masak oat tu ala2 bubur lambuk ada letak sayur dan ayam/daging, tu barula cukup 3 komponen. Nak resipi? Request la, baru aku bagitau...hehe

3rd: Dessert

Wah, siap ada dessert! Mcm kat hotel la plak... hahaa!!! Yang ni optional, nak makan takpe, nak skip pun takpe. Korang boleh makan 3-4 ketul kurma (digalakkan) atau sepotong buah2an yang besar atau sebiji oren. Mcm aku dulu makan oren sbb aku terpaksa makan kerang rebus sendiri after makan nasi untuk naikkan Hb (sel darah merah). Fyi, penyerapan zat besi lebih efisyen bila digabungkan dengan vitamin C tapi kurang efisyen kalau dengan kalsium. Jadi bila makan pil zat besi minumlah dengan fruit juice, jangan minum susu tau!


4th:Plain Water


Take note that korang kene minum banyak air (especially plain water) untuk elakkan dehydration sepanjang berpuasa. Lebih2 lagi semasa cuaca panas terik. Biarlah sampai asyik nak ke toilet je asal korang tak dehydration. Sepanjang malam dari lepas berbuka sampailah bersahur, minumlah sebanyak air yang boleh, ok!

Pesanan dari Pihak Penaja

Masa makan main course (esp. nasi), sebelum suap nasi ke mulut (lepas baca doa makan), gumpalkan nasi sebanyak 3 ketul kecik. Baca Surah Al-Ikhlas then makan nasi segumpal. Ulang bacaan yang sama setiap kali makan seketul gumpalan nasi tadi.

Teruskan makan pregnancy supplement yang korang amek. Tak kisahla pil yang klinik kesihatan bagi (paling penting asid folik dan zat besi), Salindah, Biodex, Obimin, etc (untuk yang makan produk Salindah mcm aku, sila disiplin makan ikut jadual dan arahan kalau korang nak ia betul2 berkesan laaa).

Kalau hari yang korang kene cek-up atau cek darah (hpp 1x, bsp 4x) tak payahla puasa. Takpela setakat buang puasa few days. Kalau korang berkeras nak puasa gak, bila cek darah kantoi dengan nurse, tahanlah telinga kene bebel yer...hahaa!!!

WARNINGKalau tetiba time berpuasa korang pening2, rasa nak pitam, badan menggigil dan berpeluh2 even dalam air-cond, cepat2lah berbuka. Sebab tu tandanya korang hypoglycemia (gula darah rendah – boleh causing koma diabetes) atau extreme dehydration. Batalkan je puasa tu. Kang collapse tau2 bukak mata je dah kat spital, sape yang susah??? Mereka dan keluarga mereka...hahaa!!!

Kalau dah pening sampai tahap camni, korang nak puasa camno??? Berbuka jela...


P/S: Aku bagi tips panjang2 ni satu benda penting aku lupa nak remind. JANGAN LUPA NIAT BERPUASA! Kang pulun makan mcm2 tapi tak niat, buek abih bogheh jo puaso...hahaa!!!

2 comments:

  1. Hehehe...Selamat berpuasa Zaiii!!! ^^
    Mari kita sama2 menyambut Ramadhan 2012 dgn juadah yang berkhasiat n rendah lemak =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... Selamat Berpuasa 2 you 2, Anis-chan!!!

      Makan juadah bersahur jangan lupa niat sudaaaa... hahaaa!!! =D

      Delete