Friday, July 20, 2012

Tips Berpuasa untuk Wanita yang Diabetic semasa Hamil

Assalamualaikum and hello peeps... Ahlan wa sahlan ya Ramadhan Al-Mubarak 1433Hijrah. InsyaAllah, dipanjangkan umur kita esok semua umat Islam di seluruh dunia akan mula berpuasa. Alhamdulillah, mari sama2 kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana masih lagi diberi peluang untuk bertemu semula dengan bulan mulia penuh baraqah yang muncul hanya sekali dalam setahun. Thank you Allah...

Istimewa untuk Ramadhan kali ini, aku nak berkongsi dengan peeps semua tips berpuasa untuk bakal2 ibu yang menghidap diabetes semasa hamil. Tips ini adalah dari pengalaman aku sendiri masa mengandungkan Ilmi 2 tahun lepas. Harap sedikit sebanyak ia dapat membantu especially bagi ibu2 yang 1st time pregnancy dah kene diabetes (mcm aku la, hahaa!!!). Jangan anda berasa sedih atau frust apabila disahkan diabetic kerana semuanya hanyalah dugaan Allah untuk kita, pasti ada hikmahnya (nilah antara hikmah aku pregnant diabetic aritu, dapat aku share tips dengan korang semua, hehe).

Diabetic semasa hamil atau gestational diabetes mellitus terjadi apabila penghasilan hormon insulin dalam badan terganggu akibat perubahan fisiologi yang berlaku disebabkan mengandung. Boleh ke orang pregnant diabetic ni berpuasa??? Kalau tanya nurse yang cek-up monthly korang sure diorang tak bagi punya, hahaa!!! Actually depends pada daya ketahanan badan masing2. Untuk yang baru 1st trimester especially yang asyik loya muntah2 aku tak pastilah (coz masa puasa aritu aku dah pregy 9 bulan jadi takdelah morning sickness problem). Kalau memudaratkan diri baik jangan puasa. Agama Islam ni tak zalim... Nanti lepas bersalin , qada’ jelah ape susah! Hehe...

So untuk yang pregnant diabetic tapi rasa2nya larat berpuasa, aku nak share tips2 diet pemakanan yang aku amalkan semasa bersahur dan berbuka. Untuk yang breastfeed pun boleh cuba, InsyaAllah diet aku ni dapat membekalkan cukup kalori untuk badan hasilkan susu ibu. Ingin aku tegaskan di sini bahawa bukan aku suka-suki je buat diet ni sendiri. Ini adalah hasil dari aku kene ceramah kaw2 dengan pakar pemakanan Hospital Sultanah Aminah masa mula2 disahkan diabetic, plus beberapa reference yang aku buat. Sekian...


P/S: Mesti korang tertanya2 “mana tipsnya???” hahaa!!! Sori, bukan niat aku nak tipu peeps semua. Aku terpaksa divide kepada 3 posts coz kalau aku write semua dalam 1 post ni berjela2 jadinya. Daripada nak bagi tips terus jadi bedtime story lak, hahaa!!! So peeps, c u in the next posts about tips bersahur dan tips berbuka puasa ya....!

No comments:

Post a Comment