Tuesday, July 17, 2012

I’ve found a Proboscis Monkey in Mersing, Johor!

Proboscis Monkey (Nasalis larvatus)
a.k.a Long-nosed Monkey, in Malay: Kera Bekantan

Assalamualaikum and hello peeps... Agak2 korang percaya tak dengan statement aku di atas? Believe it or not, memang betul aku jumpa kera ni melintas jalan sewaktu on the way balik dari Pantai Teluk Gorek, Mersing last Saturday. Masa tu kitorang kat area antara Tanjung Resang dan Tenglu, yang mana di kiri kanan jalan semuanya diliputi hutan bakau-pantai. Tapi rupa dia takla macam gambar kat atas. Saiz badannnya kecik sikit, lebih kurang macam kera biasa cuma hidungnya panjang. Rupa kera tu sama macam gambar kera di bawah ni.



Malangnya, kitorang tak sempat on camera untuk snap gambar kera tu. Tapi aku dan Hubby memang nampak dengan jelas muka dan hidung panjang kera tu sebab masa tu Hubby aku slowkan kereta untuk bagi kera tu melintas jalan. Aku jadi hairan bin ajaib bila jumpa kera tu. Kenapa aku hairan??? Sebab setahu aku (dan mungkin setahu korang jugak) Proboscis Monkey ni cuma ada di kawasan Sabah dan Sarawak sahaja! Jadi macam mana kera ni boleh ada di kawasan hutan bakau-pantai Mersing, Johor??? Untuk kepastian aku pun Google dan jumpa beberapa fakta tentang Proboscis Monkey.

*The Proboscis Monkey is a medium-sized arboreal primate that is found exclusively in the rainforests of Borneo. The Proboscis Monkey is natively found on the island of Borneo where it was once fairly widespread (with the exception of central Sarawak) throughout the coastal mangrove forests. The Proboscis Monkey inhabits very unique habitats and is most commonly found in mangrove swamps, but is also known to inhabit coastal mangroves, riverine forests and lowland rainforest providing that there is a good source of fresh water.

Tak puas hati, aku search lagi. Dan aku cuba search website yang more convincing. Then, aku terjumpa info tentang Proboscis Monkey di website NationalGeographic.com.

**Proboscis monkeys are endemic to the jungles of Borneo, never straying far from the island’s rivers, coastal mangroves, and swamps. Unfortunately, Borneo’s most threatened landscapes are home to these highly specialized primates. The rampant clearing of the region’s rain forests for timber, settlement, and oil palm plantations has depleted huge tracts of their habitat. The fragmentation of the monkeys' range means they are being forced to descend from the trees more frequently and often must travel perilously long distances to find food.


Map di atas jelas menunjukkan taburan habitat semulajadi Proboscis Monkey hanya terdapat di Kepulauan Borneo, Brunei dan Kalimantan. Adakah mungkin spesies ini telah berenang merentasi Laut China Selatan dan berhijrah ke hutan bakau-pantai Semenanjung Malaysia untuk mencari habitat dan nic yang baru disebabkan perpecahan populasi asal dan ancaman habitat semulajadi mereka di sana? Jangan tak percaya, spesies ini boleh berenang tau!


*The Proboscis Monkey spends the majority of it's life very close to water and is an adept swimmer, aided by it's partially webbed feet which help it to both paddle in the water and walk on the slippery banks. The Proboscis Monkey is very agile whilst in the trees and is also known to leap into the water from heights of up to 50ft!

Tapi kalau difikirkan secara logik akan kedalaman, keluasan dan bahaya ancaman pemangsa yang ada di Laut China Selatan, macam mustahil rasanya kera ni dapat berenang dari Sabah/Sarawak sampai ke Semenanjung Malaysia dengan selamatnya. So aku usaha untuk search lagi fakta yang lebih logik tentang kebarangkalian wujudnya spesies ini di hutan bakau-pantai Mersing. Then, aku terjumpa info tentang projek pembiakan dan pemuliharaan Proboscis Monkey yang dijalankan di Zoo Singapura.

***To date, Singapore Zoo has the largest breeding group of proboscis monkeys, a total of 17, outside its home range on the island of Borneo.

Jadi mungkinkah ada antara kera bekantan yang dibiakkan di Zoo Singapura tersebut telah terlepas dan berhijrah hingga ke hutan bakau-pantai Mersing, akhirnya menghuni dan membiak di kawasan tersebut kerana ianya hampir sama dengan habitat semulajadi di tempat asal mereka??? Hubby aku pulak kata kawasan yang kitorang jumpa Proboscis Monkey tu merupakan jalan untuk pergi ke Endau. So mungkin kera tu datang dari hutan di Taman Negara Endau-Rompin. Aku pun cubalah cari info berkaitan Taman Nagara Endau-Rompin.

****Di Taman Negara Endau-Rompin juga terdapat banyak hidupan liar seperti harimau, gajah dan babi hutan serta bilangan badak sumbu Sumatera yang terbesar di dunia. Spesies tempatan yang lain termasuk binturung (bear cat) dan Ungka Tangan Putih (white handed gibbon) yang merupakan spesies mawas yang tunggal di kawasan ini.

Itu jelah info yang aku dapat tentang haiwan2 yang ada dijumpai di Taman Negara Endau-Rompin setakat ni. Takde pulak mention pasal Proboscis Monkey. So peeps, what’s your opinion???

If u ask me, aku menyeru kepada para penyelidik tempatan terutama yang major bahagian biodiversiti untuk segera melakukan penyelidikan tentang kebarangkalian wujudnya populasi Proboscis Monkey di hutan bakau-pantai Semenanjung Malaysia (especially hutan di Mersing la, tempat kitorang terjumpa dengan spesies ni). Kalau betul la wujud habitat mereka di sini, I think it’s crucial to be documented (sebelum orang asing yang buat penemuan tersebut). Yela, rare and endangered species macam Proboscis Monkey ni lah khazanah alam semulajadi negara kita yang perlu dilindungi, takkan kita nak biar orang luar yang buat discovery. Kalau lah aku jumpa spesies ni masa zaman study dulu rasanya mungkin aku dah tubuhkan satu team untuk buat research expedition kat hutan bakau-pantai Mersing tu. So peeps, what say you????


P/S: Subhanallah... tengoklah betapa Allah tu Maha Berkuasa mencipta sekelian alam dan isinya. Walaupun dah banyak kita selidik dan ilmu diterokai, masih ada dan semakin banyak sebenarnya yang kita belum ketahui. Semoga ianya dapat menambahkan lagi keimanan kita kepada Allah S.W.T... Wallahua’lam...


REFERENCE

*A-Z Animals, Proboscis Monkey. http://a-z-animals.com/animals/proboscis-monkey/ . Acces on 16th July 2012

**Animals Nat Geo Wild, Proboscis Monkey. http://animals.nationalgeographic.com/animals/mammals/proboscis-monkey/ . Access on 16th July 2012

***Singapore Zoo, Proboscis Monkey. http://www.zoo.com.sg/l2_t1.aspx?l2=42&l1=5&langid=1 . Access on 16th July 2012

****Taman Negara Endau-Rompin. http://ms.wikipedia.org/wiki/Taman_Negara_Endau-Rompin . Access on 14th July 2012

4 comments:

  1. Hehehe..percaya2..anything is possible nowadays. Probably the monkey was intentionally brought/smuggled to JB but then terlepas..huhuu ^^

    - anis-chan here *winks*

    ReplyDelete
  2. Anis-chan!!!! thanks a lot coz sudi jadi member aku and give ur comments... aku sangat2 terharu niiii, arigato! arigato! sobb.. sobb.. may we owez keep in touch thru blogging! hehe

    kesiannye kalo betul kera ni kene smuggle.. tapi bagusla dia terlepas kat hutan Mersing tu coz ctu coastal area kan jadi memang seswai dia wat habitat kat ctu.. hopefully that species is safe there w'out being disturbed.

    Anis, kalo la kau ada kat cni aku dah ajak dah kau redah hutan Mersing tu wat research expedition cari Proboscis Monkey ni.. hahaa!!! ;)

    ReplyDelete
  3. kekeke oooh tidak mungkin kot coz malangnya aku ade kenangan pahit ngan kera (kna kejar dgn segerombolan kera yg menggila masa LI di pantai merdeka dlu), pstu ade bapak kera wat gaya nk terkam dari atas wayar tepon kat pulau tioman masa research expedition marin taon lepas..fobia sudaaaaaa! huarghh!!

    ReplyDelete
  4. wah, serius!?! kalo aku pun bleh jadi fobia n trauma tahap gaban!!! aku tak penahla plak kene kejar dgn kera. tapi penah tgk org bg makan kera kat Taman Buaya Melaka kene kejar pastu kera tu bleh panjat bdn org tu n dok ats kpla dia... wakakakakaaaa!!! bile t'igt balik mesti aku terkekek ketawa sorg2 sbb kera tu bleh wat muka tak bersalah tyme dok ats kpla org tu... hahahahahaaaaaa!!! ;p

    ReplyDelete