Wednesday, July 25, 2012

Tips BERBUKA PUASA untuk Wanita yang Diabetic semasa Hamil


Assalamualaikum and hello peeps... Actually aku aim nak publish post ni petang 1st Ramadhan aritu. Tapi keadaan tak mengizinkan coz i’ve been juggling here and there doing some works and taking care of my family at the same time. My life was sooo hectic on the 1st four days of this fasting season! Thanks to my Hubby for being a great helper. I LOVE YOU, HONEY! So, aku sambung tips berpuasa aritu dengan tips berbuka pulak. Berbuka puasa bagi yang pregnant diabetic dietnya taklah complex macam bersahur coz sahur tu makan untuk bekalkan kalori yang cukup kepada badan supaya dapat berpuasa selama 13 jam. Untuk berbuka tak berapa strict sangat sebab lepas berbuka tu korang nak balun apa pun balun laa, cuma sewaktu awal2 berbuka tu kene kawal sikit.

Sebaik sahaja azan Maghrib, berbuka lah dengan sebiji kurma (atau lebih) then minum air (kalau air manis segelas je cukup, even dahaga ingat2 sikit korang tu diabetic ye!). Kalau nak makan sekeping dua kuih pun boleh la. After that korang solat Maghrib dulu.

☻Selain daripada ikut sunnah Nabi, disebabkan pregnant diabetic korang tak boleh terus makan heavy food. Kerana selepas tidak makan selama 13 jam, sudden heavy food intake boleh mengakibatkan badan korang terkejut (I know it sounds ridiculous but believe me its true). Untuk yang pregnant normal maybe takde masalah la kot. Masa aku pregy pernah beberapa kali aku berbuka terus makan nasi, end up badan aku menggigil, kepala pening dan sesak nafas secara tiba2 sampai aku terpaksa solat Maghrib dalam keadaan duduk (kalau aku teruskan solat berdiri sure aku collapse!). *Menurut Ketua Unit Diabetes dan Endokrin Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Nor Azmi Kamaruddin, sebaiknya bagi menjaga paras gula dalam darah digalakkan berbuka dengan sebiji kurma kemudian satu atau dua jenis kuih tanpa minuman manis, kemudian menunaikan solat terlebih dahulu sebelum makan malam. 
 
☻So, berbuka lah dengan makan sikit dulu, after solat Maghrib barula makan yang agak heavy sikit. Lepas bertarawikh makan lagi sikit. Pregnant diabetic ni disyorkan makan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap supaya paras gula darah dapat dikawal dan sentiasa dalam keadaan stabil, InsyaAllah...

Ha, terlampau excited sangat tengok makanan yang best2 terhidang atas meja, jangan korang lupa diri pulak! Heavy food yang korang makan perlu lah ikut sebagaimana main course semasa bersahur. Perlu cukup 3 komponen karbohidrat, protein dan vitamin+serat. Dan jangan lupa kuantiti karbohidrat dan serat perlu disukat. Sukat, jangan tak sukat! Hahaa!!!

Pesanan dari Pihak Penaja

WARNING – Air berkarbonat perlu dielakkan terus sebab kandungan gula di dalamnya umpama lori gula terbalik dalam air tu, termasuklah air isotonik (eg: 100 Plus, 7up Revive, etc). Jangan tertipu dengan word ‘isotonik’ tu, tak percaya tunggu gasnya hilang. Masa tulah korang boleh agak berapa ratus kampit gula yang diorang bubuh dalam tu (disebabkan air isotonik 7up Revive la aku pregnant diabetic, huhu). So amik iktibar dari kesilapan aku. Kalau nak recharge elektrolit dalam badan better korang minum air kelapa yang merupakan air isotonik yang natural. Kulit baby pun boleh jadi putih bersih tau!


☻Kurma merupakan antara makanan yang terbaik dan paling berkhasiat di dunia ni terutama kurma Nabi (Ajwa).

Kalau nurse cek-up asyik warning jangan makan kurma banyak2, korang bolayan je! Taboo je tu. Dah tentu2 kurma ni makanan sunnah, makanan ruji Rasulullah S.A.W, apsal lak kita orang biasa ni pandai2 kata kurma ni boleh buat diabetes lagi teruk. Nonsense! Surah Maryam ayat 25-26 dalam Al-Quran cukup untuk membuktikan khasiat kurma, lebih2 lagi untuk wanita hamil. Nak tau lebih lanjut korang boleh klik http://myibrah.com/khasiat-kurma-pada-ibu-mengandung

☻Untuk yang gila makan daging kambing mcm aku, agak2 terliur tgk kambing panggang yang jual tergolek2 atas api tu, jangan takut lak nak makan. Siapa kata makan kambing tak bagus!?! 

Ha, ni lagi satu taboo. Kita ni sebenarnya dah banyak dimomokkan  dengan fakta pemakanan yang dah diubah oleh orang kafir. Yang ada darah tinggi je kene berjaga2 sikit, tapi takdelah tak boleh makan langsung, cuma kene berpada2. Kalau lepas makan tu terasa badan panas semacam, minumlah air limau atau air barli (kalau boleh tanpa gula). Untuk wanita hamil, air barli sangat bagus diminum. Selain boleh sejukkan dalaman badan, ia juga boleh elakkan berlaku kencing kotor dan bengkak pada kaki (lazim terjadi apabila dah masuk 7 bulan ke atas). Tapi WARNING untuk pregnant diabetic, jangan dimakan biji beras barlinya coz ia adalah sejenis karbohidrat yang boleh menambah kandungan gula darah, minum airnya sahaja tau.

☻Dalam bulan mulia yang penuh baraqah ni, cuba perbanyakkanlah amal ibadat. Banyakkan solat sunat, mengaji Al-Quran dan zikir. Bukan untuk diri sendiri je tapi untuk baby dalam kandungan gak. Banyakkan baca Surah2 seperti di bawah.
Kalau sepanjang berpuasa baby korang gerak terlampau aktif dalam perut sampai korang rasa letih, cuba usap2 perut sambil pujuk baby supaya diam. Bagitau dia yang korang puasa dan mintak dia jangan terlampau aktif sangat, InsyaAllah berkesan. Aku selalu buat mcm tu dulu dan Alhamdulillah sepanjang aku berpuasa, Ilmi diam dan sekali-sekala je dia gerak. Tapi bila dah nak tiba waktu berbuka dia punya bergelodak dalam perut, Subhanallah, mcm dia plak yang excited nak makan...hahaa!!!

Oklah peeps semua, sekian saja tips berpuasa dari aku. Semoga ia dapat dijadikan manfaat untuk kita bersama, Insyaallah... Sebelum mengundur diri, aku nak dedicate clip lagu ‘Harapan Ramadhan’ di bawah ni untuk korang. Semoga ia dapat menginsafkan kita semua untuk sama2 mensucikan hati dan mengawal nafsu dengan memperbanyakkan amal ibadah di bulan Ramadhan yang mulia ini. Wassalam...

 
P/S: Bila menghayati bait2 lirik lagu ni mesti air mata aku bergenang...  Terasa hinanya diri ini di sisi Allah... Semoga aku dapat jadi hambaNya dan insan yang lebih baik Ramadhan ini dan dapat mengistiqamahkannya untuk sepanjang kehidupanku... Amin...
REFERENCE
*Farush Khan, F. F. Digalakkan Berbuka Sebiji Tamar, Kurma Tinggi Kandungan Khasiat. Artikel Harian Metro. July 23, 2012. m/s 10-11.
Baderi, N. K. Khasiat Kurma pada Ibu Mengandung. June 4, 2012. http://myibrah.com/khasiat-kurma-pada-ibu-mengandung. Acess on July 19, 2012.
Kehamilan dan Diabetes. Majalah Mami & Baby. Isu No. 67, Jun 2010. m/s 44-46.
Ramzi, Z. H. Penyusuan Susu Ibu Sewaktu Ramadhan. Majalah Mami & Baby. Isu No. 69, Ogos 2010. m/s 72-74.
Safia, S. Diet untuk Diabetes. Oktober 17, 2011. http://jurnalmalaysia.com/index.php/info-sihat/157-diet-untuk-diabetes. Access on July19, 2012.
Pemakanan untuk Pesakit Kencing Manis. Artikel Hospital Pusrawi. http://www.pusrawi.com.my/index.php?option=com_content&task=view&id=66&Itemid=12&lang=ms. Access on July 19, 2012

No comments:

Post a Comment